ARKIB

KATEGORI

Tular

Bangla pandu Nissan Almera lawan arus sebab tiada lesen

Tular

Views

Seorang warga Bangladesh ditahan selepas tular rakaman kereta Nissan Almera dipandu secara melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 43 tahun itu memaklumkan tindakan membawa kenderaan secara songsang itu adalah kerana tiada lesen.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tular kejadian memandu secara berbahaya kira-kira pukul 2.30 petang di mana Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi telah menerima video tular berdurasi 50 saat itu.

Video berkenaan melibatkan sebuah Nissan Almera berwarna putih yang memaparkan dipandu secara songsang serta melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemandu kereta warganegara bangladesh berusia 43 tahun itu telah dikesan dan ditangkap pada pukul 3.15 petang di kawasan hentian bas Kota Tinggi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan.

Katanya, tindakan saringan awal ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan juga telah diambil dan dikesan kes negatif dadah. Tambahnya, hasil semakan ke atas rekod kenderaan didapati tiada rekod jenayah dilaporkan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply