ARKIB

KATEGORI

Tular

Penunggang motosikal tak puas hati, ‘tahan’ pemandu kereta di lorong SmartLane

Tular

Views

Satu lagi kejadian tular yang memaparkan ‘konfrontasi antara penunggang motosikal dan kereta‘ di lorong SmartLane telah dimuatnaik oleh pemilik akauan Facebook bernama Maelk Kang sejak kelmarin.

Ini merupakan kejadian kedua selepas seorang penunggang motosikal merosakkan cermin sisi sebuah kereta yang tular di media sosial, pada hari yang sama.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Rakaman kamera pemuka (dashcam) dari kereta yang dipandu oleh Maelk Kang memaparkan seorang lelaki secara tiba-tiba berhenti dan turun dari motosikal ditungganginya hingga menghalang lorong SmartLane.

Penunggang motosikal itu terus menuju ke kereta Maelk Kang, hingga tercetusnya ‘perang mulut’ serta turut mengeluarkan kata-kata kesat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selang beberapa saat kemudian, lelaki itu dilihat menuju semula ke arah motosikalnya dan meneruskan perjalanan.

Rata-rata komen warganet di hantaran tersebut ‘mengecam penunggang motosikal’ berkenaan kerana ‘tidak cakna’ dengan pengaktifan lorong SmartLane yang dibuat sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengaktifan lorong SmartLane yang berkuatkuasa sejak 8 Februari sehingga 18 Februari nanti di beberapa lokasi terpilih adalah sebagai inisiatif bagi melancarkan aliran trafik ketika waktu puncak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Maelk Kang

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply