ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi navigasi punca Vios sesat ke laluan motosikal

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular satu video yang dirakam menerusi kamera GoPro seorang penunggang motosikal yang memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Vios memasuki laluan motosikal. Menurut Harian Metro, penggunaan aplikasi navigasi dikatakan menjadi punca pemandu kereta tersebut memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Sumber berkata, pemandu lelaki berusia 29 tahun itu adalah seorang anggota penguat kuasa. Menurutnya, anggota itu dipanggil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur untuk siasatan. Terdahulu, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu terbabit datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur petang semalam.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Dalam kejadian 4 petang Rabu lalu, pekerja bank berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus.

Video dirakam mangsa sebelum kejadian jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok sementara pemandu kereta meneruskan perjalanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply