ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dapatkan diskaun hebat sempena Jualan Aksesori Automotif Merdeka Mudah.my

Berita Tempatan

Views

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Mudah Auto, telah melancarkan kempen baharunya, Jualan Aksesori Automotif Merdeka Mudah.my. Kempen ini menawarkan diskaun eksklusif tidak kurang daripada 15 peratus ke atas harga penyenaraian iklan aksesori kereta dan 10 peratus untuk aksesori motosikal oleh penjual PRO Niaga ‘(pro sellers)’ di platform tersebut.

Kempen ini adalah seiring dengan inisiatif berterusan #SupportLokal yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menyokong perniagaan milik rakyat tempatan. Ia bermula dengan pelancaran kempen pertamanya, Ramadan Bersama Mudah pada bulan April lalu yang berjaya mencapai sebanyak 87,000 penyeneraian iklan daripada golongan peniaga profesional dan persendirian.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Kempen seterusnya, Jualan Kereta Terbesar Malaysia yang dilancarkan pada bulan Jun lalu menyaksikan penyertaan seramai 2,071 penjual dan 9,963 senarai iklan. Susulan kejayaan kempen tersebut, Mudah.my kini ingin membantu rakyat Malaysia untuk membeli aksesori automotif pada harga diskaun.

Mudah.my kini mempunyai lebih daripada 9,000 senarai iklan yang dipaparkan di platformnya bagi kempen Jualan Aksesori Automotif Merdeka Mudah.my. Menurut CEO Mudah.my, Gaurav Bhasin, inisiatif terbaharu ini mewakili semangat Mudah.my untuk menawarkan sebuah platform untuk membeli aksesori kenderaan pada harga istimewa.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Tambah beliau, kempen terbaharu ini membolehkan para pelanggan mereka untuk membeli aksesori kenderaan pada harga diskaun. Malah, kempen ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif #SupportLokal yang menyaksikan Mudah.my menjadi sebuah platform yang membantu perniagaan mikro, yang seterusnya menyumbang sebahagian besar kepada KDNK negara.

Peter Wong, Ketua Mudah Auto berkata, mereka berbangga menjadi satu daripada penyedia platform alternatif kepada pelanggan untuk membeli aksesori automotif baharu atau terpakai seperti bateri, tayar, pembesar suara, penderia cekam, kit badan kereta dan pelbagai barangan lagi pada harga yang hebat.

Jualan Merdeka Automotif Mudah.my ini berlangsung dari 17 Ogos 2020 sehingga 16 September 2020. Sila kunjungi laman sesawang Mudah.my atau memuat turun aplikasi Mudah.my untuk melayari pilihan-pilihan aksesori automotif yang ditawarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply