Buat julung kalinya, Asia GT Festival bakal tiba di Malaysia! Country Heights dan Goldenport Enterprises mengumumkan perlumbaan tersebut bakal diadakan pada 15 -17 Mac 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Festival perlumbaan ini bakal menyaksikan 30 buah jentera lumba GT dari seluruh pelusuk dunia yang bakal merebut hadiah wang tunai bernilai RM5.45 juta (RMB 9,000,000)!
Perlumbaan yang pertama kalinya diadakan di luar China ini bakal berlangsung selama lima tahun setelah pihak Country Heights dan Goldenport Enterprises memeterai perjanjiannya dan ia bakal menjadi salah satu acara penting di dalam kalendar SIC sepanjang tempoh tersebut. Pengarah Eksekutif Country Heights, Matahari Lee berkata, menerusi Asia GT Festival mereka mahu menyuburkan pendedahan rakyat Malaysia kepada perlumbaan empat-roda yang berbeza.
Selain itu, objektif untuk mengadakan perlumbaan ini adalah untuk memeberikan peluang kepada pelumba Malaysia untuk mengambil bahagian dalam acara perlumbaan yang diiktiraf antarabangsa. Acara ini juga merupakan batu loncatan kepada Country Heights dan MINES Car City Centre ke arah mereka visi pembangunan industri automotif dan industri sukan permotoran negara.
JOM BACA >> <Padah hina kematian Adib – Caryn Yean dibuang kerja
Pengasas Goldenport Enterprises, Jim Ye berkata, sejak tahun lalu mereka telah merancang untuk meluaskan daya tarikan Asia GT ke rantau ini dan Malaysia adalah tempat terbaik untuk bermula kerana terdapat banyak peminat sukan permotoran di sini. Mereka amat teruja untuk berada di Kuala Lumpur dan ini merupakan waktu yang menarik untuk mereka serta Country Heights untuk melihat Malaysia sebagai kemuncak dalam kalendar perlumbaan GT Asia.
Festival perlumbaan ini bakal disertai oleh beberapa jenama perlumbaan dunia yang terkenal seperti Porsche, Audi, Ferrari, Bentley, McLaren, dan Mercedes Benz. Sepanjang tiga hari acara, penonton boleh menyaksikan perlumbaan seperti kategori GT3 dan GT4 serta perlumbaan sokongan Malaysia Speed Festival (MSF) yang bakal menampilkan kereta pengeluaran berprestasi tinggi yang diubah suai.
MSF adalah kelab sukan permotoran khusus yang dimulakan oleh peminat untuk peminat bagi memudahkan perlumbaan untuk orang ramai dalam persekitaran perlumbaan yang selamat, kompetitif dan berpatutan. Matlamat utama MSF adalah untuk membangun dan mengembangkan industri sukan permotoran di Malaysia.
Tiket untuk Festival GT Asia kini boleh didapati dan boleh dibeli menerusi laman Facebook MotoNation atau laman sesawang rasmi motonation.com.my. Harga tiket mengikut kategori bermula dari RM20 hingga RM350.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Video acah pertama SUV Perodua (D38L)
KLIK UNTUK BESARKAN
Bro Campro,
Iriz + Persona baru tu guna enjin 1.5 Geely ke? Ada berita di The Edge.
Local car maker Proton plans to introduce a new car model equipped with a 1,500cc turbocharged engine in the near future.
Head of Engineering, Yang Jun, said this was in line with the current global trend of car makers turning to turbocharged engines as opposed to naturally-aspirated engines.
Asked on the timeframe for the turbocharged model’s introduction, he replied: “Very, very soon.”