Castrol meraikan kejayaan Pasukan Castrol POWER1 Honda Yuzy Racing yang meraih kedudukan podium di pusingan kedua terakhir Kejohanan Cub Prix Malaysia MAM, yang berlangsung di Bandar Medini Iskandar, Johor, pada 8 dan 9 November lalu.
Pelumba kategori CP125, Md Haziq Md Hamdan telah berjaya menduduki tempat ketiga di Bandar Medini Iskandar, sekali gus membuktikan keazaman tinggi dan kuasa Castrol POWER1.
Pencapaian podium ini menjadi salah satu sorotan utama musim 2024 bagi Pasukan Castrol POWER1 Honda Yuzy Racing, mencerminkan usaha gigih mereka untuk melakar kecemerlangan di litar.
Sepanjang musim ini, Pasukan Castrol POWER1 Honda Yuzy Racing mempertaruhkan prestasi mantap daripada dua orang pelumba berbakat, iaitu Md Haziq Md Hamdan dan Md Idlan Haqimi Raduan.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Md Haziq Md Hamdan turut mencatatkan keputusan memberangsangkan pada pusingan akhir di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, pada 23 dan 24 November 2024.
Beliau berjaya menduduki tempat kesembilan dengan catatan masa 13’47.532s, memperoleh 53 mata, dan menamatkan musim di kedudukan ke-13 keseluruhan.
Sementara itu, seorang lagi pelumba iaitu Md Idlan Haqimi Raduan juga menunjukkan prestasi cemerlangnya di sepanjang musim ini.
Pada pusingan akhir di Stadium Batu Kawan, beliau mencatat masa grid 54.061s dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan masa 13’38.112s, mengumpul 28 mata, dan menduduki tempat ke-17 keseluruhan.
Prestasi luar biasa kedua-dua pelumba ini menonjolkan peranan penting Castrol POWER1 dalam mengoptimumkan jentera pasukan untuk prestasi maksimum, membolehkan mereka konsisten mencatat keputusan memberangsangkan.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Menurut Pengurus Pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, pihaknya sangat gembira dengan prestasi Md Haziq Md Hamdan. Podium ini adalah hasil kerja keras pasukan dan sokongan padu daripada Castrol POWER1.
Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan berkata, pencapaian podium ini membuktikan kuasa Castrol POWER1 dan berbangga berdiri di belakang Pasukan Castrol POWER1 Honda Yuzy Racing.
Castrol POWER1, yang direka untuk prestasi tinggi, memberikan perlindungan enjin unggul dan meningkatkan daya output. Dipercayai oleh profesional dan peminat motosikal, ia menjadi bahan bakar kejayaan di setiap perjalanan.
Dengan musim 2024 kini berakhir, Castrol POWER1 bersemangat untuk terus menyokong Pasukan Castrol POWER1 Honda Yuzy Racing ketika mereka bersiap sedia untuk kejayaan yang lebih besar dalam kejohanan akan datang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI