ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ativa hibrid (D47B) hanya untuk langganan – RM500 sebulan, tempoh percubaan 5-tahun

Berita Tempatan

Views

Ini info terbaharu yang kami perolehi dari rakan media di Paultan.org berkenaan dengan Perodua Ativa hibrid (D47B).

Menurut Paultan.org, Perodua telah mula menawarkan sebanyak 300 unit Ativa hibrid (D47B) yang dibawa masuk secara siap bina (CBU) dari Jepun kepada pelanggan terpilih menerusi pakej langganan.

Menurut sumber yang dipercayai, Perodua dikatakan telah menghubungi pelanggan-pelanggan yang berpotensi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

SMS tersebut akan membawa pelanggan yang dihubungi kepada borang dalam talian bagi meninjau minat mereka untuk mencuba Ativa hibrid (D47B), tetapi bukan dengan cara pemilikan yang konvensional.

Walaubagaimanapun, program langganan ini hanya melibatkan pengedar-pengedar di Lembah Klang, serta dua cawangan di kawasan Utara, manakala dua lagi di kawasan Selatan semenanjung Malaysia sahaja.

Responden yang telah dihubungi menerusi pesanan SMS tersebut akan diminta untuk berurusan dengan bilik pameran Perodua pilihan mereka yang disenaraikan oleh Perodua, antaranya di Klang, Kuala Lumpur, Kajang, Glenmarie, Putrajaya, Balakong, Ampang dan Perodua Sentral di Petaling Jaya.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Untuk menyertai program langganan ini, pelanggan perlu membayar yuran permulaan berjumlah RM2,150, diikuti dengan bayaran bulanan sebanyak RM500.

Kontrak langganan ini memerlukan pelanggan menyertai program tersebut selama lima tahun, dan kereta yang diberikan hanya dibenarkan bergerak sejauh 100,000 km dalam tempoh berkenaan.

Setiap unit Ativa hibrid (D47B) yang diserahkan kepada pelanggan berkenaan turut dilengkapi dengan pengesan GPS bagi tujuan penyelidikan.

Kesemua unit Ativa hibrid (D47B yang disewa dengan bayaran RM500 sebulan itu perlu dipulangkan kembali kepada Perodua apabila tamat tempoh program langganan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply