ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ativa hibrid (D47B) dirakam dari jarak dekat, dah siap pasang emblem nama

Foto Intip

Views

Sebenarnya kami baru perasan, adalah salah seorang rakan pembaca bernama Shahir Hairuni ada memuatnaik dua foto intip Ativa hibrid (D47B) yang  berjaya dirakam dari jarak dekat.

Salah satu foto tersebut memaparkan bahagian belakang  ‘klon’ kepada Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid di atas sebuah treler pengangkut.

Apa yang menarik, model siap bina (CBU) dari Jepun itu sudah pun siap dilekatkan dengan emblem nama Ativa pada pintu but belakang.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kami menjangkakan Perodua mungkin akan menambah emblem ‘hibrid’ sebelum ia boleh dilanggan secara konsep sewaan atau pajakan selama tiga tahun.

Sebanyak 300 unit akan dibawa masuk buat permulaan untuk Perodua menjalankan kajian pasaran. Menurut info terkini daripada ejen perisik Mat Bond, Perodua dijangka melancarkan model Ativa hibrid (D47B) pada bulan September nanti.

Model hibrid sulung Perodua ini nanti akan dijana oleh trenkuasa e:Smart, yang mengabungkan enjin 1.2 liter tiga-silinder (kod WA-VEX) yang disambungkan kepada motor elektrik.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Ia merupakan enjin yang sama dengan Rocky di Indonesia dan mampu menjana 82 kuasa kuda dan 105 Nm daya kilas.

Enjin ini juga mampu mencapai kadar kecekapan haba sehingga 40 peratus, manakala motor elektriknya pula mampu menjana 106 kuasa kuda dan 170 Nm daya kilas.

Seperti Rocky, Ativa hibrid (D47B) bakal dilengkapi dengan sistem injak pintar dikenali sebagai S-PDL yang membolehkan pemandu memecut, memperlahankan, dan memberhentikan kenderaan dengan hanya menggunakan injak pemecut sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shahir Hairuni

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply