ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Atuk’ sentuh emosi dan penuh nilai kekeluargaan

Views

Atuk (Nostalgia Raya Bersama Nissan 2014)

VIDEO : Atuk (Nostalgia Raya Bersama Nissan)

Sempena Aidilfitri, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) meraikan jalinan kekeluargaan menerusi satu filem pendek yang dihasilkan khas bertajuk ‘Atuk’. Filem yang menyentuh perasaan ini menyorot perjalanan penuh emosi sebuah keluarga Melayu pada malam Hari Raya Puasa yang memberi fokus kepada mesej-mesej penting supaya menghargai mereka yang tersayang.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen Kempen Raya ECTM bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar memupuk nilai-nilai kekeluargaan serta meraikan Hari Raya dengan penuh kasih sayang dan kemaafan. “Adakalanya, kita semua terlalu sibuk dengan kehidupanseharian sehinggakan kita terlupa akan perkara yang benar-benar penting.. ‘Atuk’ kini boleh ditonton di saluran Youtube rasmi dan laman Facebook Nissan Malaysia.

Topik mengenai kekeluargaan dan ‘Atuk’ sememangnya jelas mewakili tagline ETCM pada Hari Raya ini iaitu ‘Orang Jauh Lagi Dikenang, Orang Dekat Makin Disayang. Tak Kira Jauh Atau Dekat, Kami Menyatukan Anda Dengan Semua’. Sebagai tambahan, ETCM turut menawarkan promosi luar biasa ke atas beberapa model popular Nissan pada Raya kali ini. Promosi yang bermula pada 20 Jun hingga 31 Julai 2014 menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk memiliki sebuah model Nissan dengan hanya RM22 sehari*.

Pelanggan juga boleh memilih model-model Nissan seperti Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan Navara untuk balik ke kampung. Pelanggan yang berminat dengan Sylphy serba baharu dan Teana juga boleh menikmati tawaran istimewa oleh kedua-dua model ini.

Pembeli yang ingin mendapatkan diskaun serta ganjaran menarik boleh menikmati pelbagai tawaran termasuklah 50% bagi Aerokits NISMO dan IMPUL untuk Almera, selain Aerokit IMPUL untuk Grand Livina. Para pelanggan yang membeli Serena S-Hybrid baharu pula layak menerima Navigasi Multimedia secara percuma.

Bagi menambah kemeriahan sambutan ini, ETCM mengadakan siri jelajah Hari Raya ke seluruh negara di mana para pelanggan boleh mengunjunginya untuk melihat secara dekat model-model terbaharu Nissan, mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokkan dan pulang dengan hadiah-hadiah seperti kurma dan sampul duit Raya.

Tarikh and Lokasi siri jelajah Hari Raya adalah seperti berikut:

TarikhLokasi
4 – 6 JulaiLeisure Mall, KL
4 – 6 JulaiGiant Tabuan (Outdoor) Kuching, Sarawak
7 – 13 JulaiTesco Tanjung Penang, Pulau Pinang
11 – 13 JulaiGiant Sandakan, Sandakan, Sabah
13 – 19 JulaiTesco KB, Kota Bahru, Kelantan
17 – 20 JulaiQueensbay Mall, Pulau Pinang
18 – 20 JulaiMydin MITC Outdoor, Melaka

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments

Leave a Reply