Awal minggu ini Proton telah memperkenal dua model variant baharu SAGA dan PERSONA Eksekutif. Sagadan Persona Eksekutif telah dipertingkatkan dari segi kosmetik dan tampil lebih bergaya. Persona Executive turut menawarkan warna baharu Elegant Brown sebagai tambahan warna sedia ada.
Persona Executive dilengkapi kit badan penuh, tempat duduk kemasan kulit, rim 15″, steering dengan butang suis audio with audio, 4G wi-fi (untuk kegunaan terhad 1-tahun percuma*), lampu kabus hadapan, spoiler belakang, pemegang pintu mengikut warna kereta, sayap hiasan hadapan dan belakang krom dan pelaras ketinggian tempat duduk pemandu.
Bagi model Saga Executive pula, ia dilengkapi dengan kit badan edisi khas monotone, konsol tengah panel kemasan hitam satin, corong pendingin hawa kemasan hitam satin, pemegang pintu dalam kemasan hitam satin, kemasan lampu kabus hadapan warna kelabu, lambu belakang smoked dan tempat duduk kemasan kulit.
Tempahan untuk Proton Saga Eksekutif dan Persona Eksekutif telah dibuka tetapi unit pameran di bilik pameran di Sabah dan Sarawak akan tiba pada 17 Julai 2014. Enam pilihan warna ditawarkan untuk Saga Eksekutif: Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Blue Rock, Solid White dan Elegant Brown.
Untuk Persona Eksekutif, terdapat tujuh pilihan warna ditawarkan: Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Elegant Brown (warna baharu), Bronze Garnet dan Chiffon Green. Saga dan Persona Eksekutif didatangkan dengan pilihan transmisi Automatik dan Manual. Saga Eksekutif hadir dengan jaminan tiga tahun atau 60,000km (yang mana terlebih dahulu) manakala Persona Eksekutif turut ditawarkan jaminan dua tahun atau 50,000km (yang mana terlebih dahulu).
*4G wi-fi huddle adalah servis pra-bayar tertakluk kepada pakej 12-bulan dengan pembekal perkhidmatan. Liputan perkhidmatan dan pakej data terpakai.
* Maaf kerana lama tidak mengemas kini blog sebab kurang sihat & kesibukan tugas harian, nantikan info-info baharu selepas ini 🙂
Harga di atas jalan – Perbandingan harga antara Saga Eksekutif dan Saga SV
Variant | Peninsular Malaysia | East Malaysia | Labuan | Langkawi | ||||
Solid (RM) | Metallic (RM) | Solid (RM) | Metallic (RM) | Solid (RM) | Metallic (RM) | Solid (RM) | Metallic (RM) | |
Saga EXEC MT | 41,924 | 42,374 | 43,924 | 44,374 | 40,550 | 41,000 | 40,150 | 40,600 |
Saga SV MT | 33,438.15 | 33,888.15 | 36,132 | 36,582 | 33,044 | 33,494 | 30,917.15 | 31,367.15 |
Saga EXEC AT | 44,524 | 44,974 | 46,524 | 46,974 | 42,750 | 43,200 | 42,450 | 42,900 |
Saga SV AT | 36,438.15 | 36,888.15 | 39,132 | 39,582 | 35,754 | 36,204 | 34,280.15 | 34,730.15 |
Harga di atas jalan – Perbandingan harga antara Persona Eksekutif dan Persona SV
Variant | Peninsular Malaysia | East Malaysia | Labuan | Langkawi | ||||
Solid (RM) | Metallic (RM) | Solid (RM) | Metallic (RM) | Solid (RM) | Metallic (RM) | Solid (RM) | Metallic (RM) | |
Persona EXEC MT | 49,938 | 50,388 | 51,938 | 52,388 | 47,550 | 48,000 | 47,250 | 47,700 |
Persona SV MT | 44,951.50 | 45,401.50 | 46,944.90 | 47,394.90 | 42,944.90 | 43,394.90 | 42,151.50 | 42,601.50 |
Persona EXEC AT | 52,938 | 53,388 | 54,938 | 55,388 | 50,450 | 50,900 | 50,050 | 50,500 |
Persona SV AT | 47,951.50 | 48,401.50 | 49,944.90 | 50,394.90 | 45,944.90 | 46,394.90 | 45,151.50 | 45,601.50 |
peningkatan dari segi aksesori je rupanya..dari segi enjin dan safety features ada penambahan tak?
tak ada, masih sama macam sebelum ini
safety features ape lagi yang boleh masuk. Persona paling2 pun abs ebd. Side airbag kalau nak kene amik seat gen2 uk. Lain x d dah. Pretensioner ada x silap. Aper lagi yg boleh masuk?
hampeh…peningkatan dari segi aksesori sahaja tetapi beza harga (ie Saga SV dengan Saga Executive) sampai RM8k…serius tak berbaloi…
Proton patut terokai segmen suv mini…proton patut ke depan…jgn tunggu p2 lancar suv mini celup jepun baru terhegeh nak lwn…persona org dah jemu…
DEFINITELY YES.
if i want to but a small compact,
i would aim something like suzuki jimny.
if proton can enter this segment, i think itd be a positive move.
Yes…thanks
wow… kereta baru proton hebat.
Wow juga.. Yg PCC ke.. Atau yg atas.. Hehe
harga kat semenanjung dgn langkawi labuan dah hampir sama, nampaknya kerajaan betul2 dah kurangkan cukai ni.
bukan, aku pernah baca dulu, kereta proton di langkawi tetap kena bayar duti eksais sebab dihasilkan di tanjung malim dan dijual di Malaysia… eksais kena bayar mengikut tempat pengeluaran. kalau dihasilkan di malaysia tapi untuk eksport, barulah proton tak perlu bayar eksais. ataupun jika proton buat kereta tu di langkawi… dan kalau kereta diimport dari luar pun tak perlu bayar eksais di Langkawi. sebab tu harga proton lebih kurang je semenanjung dengan langkawi (beza harga sebab takde cukai jualan je di langkawi)… tapi harga kereta import jauh berbeza. wallahualam.
Ntahlaa,persona ni akan diteruskan smpai beberapa tahun lg,patut dah EOL,patut buat la new persona,tukar design sket,upgrade enjin.Tu masalah pintu belakang belah kiri masuk air dah setel ke belum??Sebok duk kuarkan lagi persona masalah pon belum setel,hmmm..
ramai yg lupa, saga sv xda abs n ebd. jd 8k beza bkn pada aksesori semata pada saga exec.
tp suka kalu ada tambah side airbag n traction cntrol. mgkin flx se upgrade kot nanti.
persona tuh,rasanya just nk abiskan stok jek sambil buat raya offer. kete br xda, jd wat enhance jek.
Saga nk keluar new model tahun depan. Tp persona apa cerita? Kena cepat sikit la upgrade new model. Byk kali dh ckp, kt Malaysia ni, faktor utama org beli kereta ialah brand dan design. Org x kisah beli proton, tp design kena upgrade cepat sikit. Kalau benda sama je hampir 10 tahun, org akn beralih pd benda lain yg nampak lebih baru. Logik biasa je ni.
aku rasa sebab sales persona tak sehebat saga, sebab tu saga didahulukan. lagipun persona duduk di tengah antara saga dan preve… persona paling murah dah sama saga full-spec, dan persona paling mahal dah boleh beli preve yang lagi besar… beza installment bulanan tak banyak, maybe lebih ramai ambil Preve.
Persona ni rasanya dah sampai “hujung2” hayatnya..kalau tahun depan proton dah keluarkan dan upgrade saga baru, harap2 proton stoplah jual persona..
BTW,walaupun banyak model proton baru keluar, Aku masih setia dgn waja cps aku,
Aku rasa waja cps lagi stabil dan sedap dipandu berbanding saga flx dan persona. ditambah lagi leather all round, cuma dalaman/luaran dia mmg nampak agak outdated lah. nak parking sebelah preve seganlah sikit..hehe
Waja adalah rekabentuk terbaik proton…malar segar walaupun sudah 14 tahun usianya…pilihan anak muda marhaen
model2 ni dah basi ler beb … over make-up ladies …