ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Gambaran jentera rali ‘Perodua Myvi WRC’ versi Saharudin Design

Impresi Artis

Views

Sebenarnya “King” atau Perodua Myvi bukanlah asing dalam sukan permotoran, lebih-lebih lagi dalam kancah perlumbaan rali di Malaysia.

Malah, legenda rali negara, Karamjit Singh atau “Flying Sikh” juga pernah menyatakan hasrat untuk berlumba dengan menggunakan jentera rali Perodua Myvi Turbo dalam Kejuaraan Rali MNRC 2023.

Meskipun belum pernah ke tahap Kejohanan Rali Dunia (WRC) seperti ‘pesaing’ domestiknya iaitu Proton Iriz, sahabat kami Saharudin Busri menggunakan kepakarannya untuk menghasilkan gambaran digital jentera rali ‘Myvi WRC‘.

Ketua Rekabentuk Industri Mimos Berhad dan mantan pereka Proton ini menggunakan asas model Myvi facelift yang digayakan dengan kit badan sebuah jentera rali.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jika anda perasan, Saharudin atau Wak masih mengekalkan asas rekaan kit badan Ace dari GearUp khusus untuk model Myvi facelift.

Di bahagian depan Myvi WRC nampak lebih garang dengan kehadiran ‘skup udara’ pada bahagian hud dan atas bumbung, sepasang lampu sorot (spotlight) pada bahagian bampar dan fender tayar yang lebih lebar.

Lampu hadapannya juga telah diolah semula dan digabungkan terus dengan lampu siang LED (DRL). Di bahagian sisi, Myvi WRC lebih lebar dan pada fender tayar belakang juga ditambah dengan liang udara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bahagian belakang Myvi WRC juga telah diolah dari model asal, terutama bahagian lampu yang menggunakan rekaan bulatan berkembar kemasan gelap, spoiler belakang bertingkat, dan diffuser bampar dengan sepasang corong ekzos.

Melengkapi gaya sebuah jentera WRC, Saharudin telah menggunakan rim berbilang jejari dengan kemasan warna putih yang lazimnya dipakai oleh jentera rali.

Pelekat badan yang tertera perkataan WRC dengan grafik berkotak-kotak menjadikan visual jentera Myvi WRC berwarna putih ini ‘lebih dramatik’ dan ia turut diserikan dengan kemasan jejalur merah pada beberapa bahagian.

Secara keseluruhan, Myvi WRC nampak ‘seolah-olah hidup’ dan wujud di alam nyata, walaupun sekadar gambaran digital di alam maya. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saharudin Design

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply