ARKIB

KATEGORI

Buletin

Waze punya angkara, penunggang motosikal sesat 6 jam dalam hutan

Berita Tempatan

Views

Gara-gara menggunakan aplikasi pandu arah, Waze untuk pulang ke rumah abang di Sungai Petani, seorang penunggang motosikal sesat kira-kira enam jam dalam hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.

Lelaki berusia 32 tahun dikatakan bekerja di Pulau Pinang, namun baharu selesai beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang.

Dia bagaimanapun bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan berpandukan aplikasi trafik Waze, namun tersesat sehingga masuk ke kawasan hutan kira-kira jam 1 pagi.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian setelah dihubungi mangsa kira-kira jam 7 pagi.

Menurutnya, berpandukan arah penduduk kampung, pihaknya cuba menjejaki mangsa yang tersesat.

Difahamkan, mangsa menggunakan aplikasi Waze dan berulang kali melalui jalan yang ditunjukkan, namun buntu sehingga memasuki kawasan hutan yang tiada liputan telekomunikasi.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sehingga jam 7 pagi, mangsa cuba mencari kawasan yang boleh dihubungi seterusnya membuat panggilan kecemasan meminta bantuan bomba.

Menurut Zulkhairi, setelah operasi mencari dan menyelamat dilakukan, mangsa ditemui pada jam 8.10 pagi jauh ke dalam hutan lebih kurang 10 kilometer dari jalan raya dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis akibat panik dan kebingungan.

Tambah beliau, pihak bomba telah memberikan rawatan awal dan menenteramkan mangsa, seterusnya dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Teloi Timur dan dirujuk kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Balai Bomba Dan Penyelamat Sik

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply