ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

RENCANA – Ford: Berlumba di Litar Selama 113 Tahun

Views

2012 Acropolis Rally

Sweepstakes  – Bagaimana Segalanya Bermula

Warisan perlumbaan Ford bermula sejak tahun 1901 lagi, sebelum penubuhan Ford Motor Company pada tahun 1903. Pada ketika itu, Henry Ford baru berusia 38 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Selepas kehilangan wang sebanyak $86,000 dalam satu perniagaan yang gagal, beliau kemudian jatuh miskin. Henry terpaksa berpindah ke rumah bapanya, William. Ketika orang lain mungkin patah semangat atau mencuba kerjaya lain, Henry bagaimanapun mula merancang langkah seterusnya demi mencapai impian memiliki sebuah syarikat kereta.

Maka, Henry telah membuat satu pasukan kecil dan membina sebuah kereta yang akhirnya dikenali sebagai Sweepstakes. Kereta itu kelihatan tinggi dengan rim bersaiz 28 inci. Reka bentuknya yang terbuka kelihatan seperti gabungan sebuah kereta sorong bayi gergasi dan piano kecil. Apabila menyentuh tentang sejarah perlumbaan, Sweepstakes membawakan emosi yang tidak dapat digambarkan dalam kalangan peminat kereta.

“Beliau tahu bahawa perlumbaan mencetus imaginasi orang ramai. Kebetulan pula salah satu perlumbaan terbesar dalam negara secara praktikalnya dirancang di belakang rumah Henry Ford,” jelas cicit Henry Ford dan individu yang bergiat aktif dalam program Perlumbaan Ford pada hari ini, Edsel B. Ford II.

“Saya tidak fikir niat moyang saya adalah untuk memenangi perlumbaan tersebut. Beliau tidak mampu untuk menggaji sesiapa. Jadi beliau memandu keretanya sendiri. Beliau juga tidak pernah berlumba sebelum ini dan terpaksa bersaing dengan pemandu yang paling hebat dalam negara. Memenangi perlumbaan dalam keadaan sebegini memang sukar untuk dibayangkan.”

Pelumba terhebat pada waktu itu, Alexander Winton menjadi satu-satunya pesaing Henry Ford dalam perlumbaan yang berlangsung pada 20 Oktober 1901. Seramai 8,000 orang peminat membanjiri Kelab Pemanduan Detroit untuk menyaksikannya. Semua pelumba lain terpaksa menarik diri selepas kereta mereka gagal dihidupkan. Maka, acara itu menjadi satu perlumbaan di mana pemenang akan menerima wang tunai $1,000 dan sebuah mangkuk kaca hiasan.

Bagaimanapun, sesuatu yang mustahil itu menjadi realiti apabila Henry Ford memenangi perlumbaan tersebut. “Selepas beliau memandu masuk ke dalam kawasan kemenangan, orang ramai mula mengerumuninya, sambil menjerit bahawa mereka akan menyokong dalam apa jua bentuk perniagaan yang melibatkan kenderaan,” kata Edsel Ford.

Henry kemudian menjelaskan bahawa harinya sebagai seorang pelumba kereta sudah berakhir. Beliau dengan berbesar hati menerima banyak tawaran daripada mereka yang ingin membantunya untuk menubuhkan Ford Motor Co. pada Jun 1903.

“Saya tidak fikir bahawa sesiapa pun akan benar-benar tahu tentang impak Sweepstakes,” kata Edsel Ford. “Ramai di antara kami, termasuklah saya yang percaya bahawa sekiranya moyang saya tidak memenangi perlumbaan pada bulan Oktober itu, mungkin penubuhan Ford Motor Company 20 bulan kemudian tidak akan terjadi.”

Hari ini, warisan perlumbaan 113 tahun Ford merangkumi lebih 1,000 kemenangan di NASCAR dan 176 kemenangan dalam F1. Sepanjang sejarah perlumbaannya, Ford sentiasa menggaya semula dan mengubah suai jentera perlumbaannya. Sama ada untuk memenuhi permintaan atau mematuhi standard pertandingan.

2010 Wales Rally GB

Kenderaan Lumba Paling Terkenal

Model T

Pendek kata, kereta ini mengubah cara hidup manusia. Pertama kali dalam sejarah, pemilikan kenderaan menjadi satu realiti dalam kalangan pekerja biasa di Amerika dan bukan sekadar untuk golongan kaya. Dari tahun 1908 hingga 1927, hampir 15 juta model ini telah dibina. Pada tahun 1909, dua Model T Ford menyertai perlumbaan “Ocean to Ocean” dari New York ke Seattle yang kemudian menjadi pencetus kepada sokongan berterusan syarikat terhadap perlumbaan.

Purple Hog

Ketika Sweepstakes menjadi kereta lumba pertama dalam sejarah Perlumbaan Ford, Purple Hog pula menjadi bukti kepada sokongan pertama kilang Ford terhadap NASCAR. Dengan kemenangan pertama “Shirtless” Jimmy Florian di litar Dayton (Ohio) Speedway pada 25 Jun 1950, ia merupakan satu-satunya kemenangan oleh Ford. Ford kemudian mengambil keputusan untuk meningkatkan komitmennya terhadap NASCAR pada tahun 1955 dengan membangunkan injap overhead enjin V8 bagi menggantikan versi enjin flathead yang sudah ketinggalan zaman. Kereta itu diberi nama Purple Hog kerana ia dicat dengan warna putih dan ungu terang.

Ford GT40

Pada tahun 1960, Ford mula berminat dengan perlumbaan jarak jauh dan mengambil keputusan untuk melabur dalam pembangunan model lumba pertamanya. Maka terhasillah model GT40. Kereta lumba Amerika-Britain berprestasi tinggi ini menikmati zaman emasnya pada tahun 1960 apabila memenangi empat anugerah 24 Hours of Le Mans berturut-turut dari tahun 1966 hingga 1969. Perlumbaan Le Mans pada tahun 1966 dihadiri oleh Henry Ford II dan memberi kemenangan pertama kepada Ford dalam perlumbaan utama di Eropah. Pada asalnya, Ford GT40 dihasilkan untuk perlumbaan jarak jauh untuk bersaing dengan Ferrari. Jentera itu dibina semula pada tahun 2005 dan 2006 apabila Ford GT baharu diproduksi untuk tujuan perlumbaan yang diinspirasikan daripada model tahun 1960-an.

Ford Focus RS WRC

Satu lagi kenderaan ikonik yang dibina berasaskan kepada model hatchback Ford Focus Climate dan mengambil bahagian dalam perlumbaan dari tahun 1999 hingga 2010. 2005 merupakan tahun gemilang buat syarikat apabila Ford Focus WRC 2006 melakukan debut dalam rali akhir untuk musim 2005. Ia memberikan Ford gelaran pengeluar buat kali kedua, sekali gus menjadikannya jentera rali Ford paling berjaya setakat ini. Dalam tempoh 11 tahun, Ford Focus WRC telah memenangi 44 perlumbaan.

Ford Fiesta RS WRC

Sama seperti model Ford Focus, Ford Fiesta RS WRC dibina berasaskan kepada model produksinya yang dikuasakan oleh enjin 1.6L EcoBoost dan bukannya enjin 2.0L yang biasanya boleh didapati pada kereta-kereta lumba kontemporari. Ford Fiesta RS WRC dilancarkan pada tahun 2011 untuk memenuhi garis panduan teknikal FIA (Federation Internationale de l’Automobile) yang baru. Sejak itu, ia sudahpun memenangi enam perlumbaan.

Need for Speed Premiere

Ford Mustang dalam Need for Speed

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Mustang ialah kereta Ford yang paling ikonik dengan lebih 3,000 penampilan dalam filem dan program televisyen. Namun bagi peminat kereta, lagenda Mustang lahir di atas trek perlumbaan. Mustang membuat penampilan pertama dalam perlumbaan hanya sebulan selepas diperkenalkan pada 17 April sebagai kereta pengiring dalam acara Indianapolis 500. Pada tahun yang sama, Mustang memenangi tempat pertama dan kedua dalam rali Tour de France. Ini hanyalah permulaan dalam karier perlumbaan Mustang sebagai sebuah kereta yang membawakan keterujaan dan gaya pada harga yang hampir semua orang mampu memilikinya.

Baru-baru ini, Mustang meraikan ulang tahun ke-50 dan kembali ke layar perak menerusi filem terbitan DreamWorks Studios bertajuk “Need for Speed”. Filem ini diinspirasikan daripada siri permainan video perlumbaan daripada Electronic Arts. Dibintangi oleh Aaron Paul (“Breaking Bad”), beliau ditemani oleh sebuah Mustang yang telah diubah suai dan berperanan sebagai kereta hero.

“’Need for Speed’ berakar umbi di Amerika. Apabila kami mencari kereta hero untuk filem ini, Ford Mustang adalah pilihan yang jelas,” kata Snider. “Dengan sejarah 50 tahun dalam filem, Mustang yang ikonik ini sememangnya bintang gandingan yang sempurna untuk Aaron Paul.”

Dalam “Need for Speed”, Mustang tampil dengan badan lebar yang direka khas, rim aloi 20 inci unik dan ruang pengambilan udara lebih besar untuk enjin supercharged V8 yang diletakkan di bawah hud klasik Mustang. Pada Oktober depan, Ford akan meraikan ulang tahun ke-113 di litar lumba. Maklumat lanjut mengenai warisan perlumbaan Ford, sila layari laman web: http://racing.ford.com/

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply