ARKIB

KATEGORI

Buletin

Audi Centre Setia Alam dibuka semula, bawah kendalian Goh Brothers Motor

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) dan rakan pengedarnya Goh Brothers Motor Sdn Bhd hari ini mengumumkan pembukaan semula Audi Centre Setia Alam.

Fasiliti setinggi empat tingkat itu merupakan kemudahan 4S yang menempatkan pelbagai fungsi di bawah satu bumbung termasuklah jualan, servis, alat ganti, serta badan dan cat.

Audi Centre Setia Alam berkeluasan 60,000 kaki persegi dan direka berdasarkan konsep seni bina Audi Terminal dengan reka bentuknya yang kontemporari. Ia ditambah pula dengan kemasan, perabot dan pencahayaan yang memberikan sentuhan moden.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bilik pamerannya mampu memuatkan 12 buah kenderaan, manakala pusat servis dua tingkatnya pula menempatkan 17 ruang yang mampu menyelenggara 34 kereta sehari dan dikendalikan oleh kakitangan selepas jualan berpengalaman serta terlatih.

Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata beliau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Goh Brothers Motor dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Pengarah Urusan Goh Brothers Motor, Goh Kian Sin pula menambah, menerusi Audi Centre Setia Alam, pihaknya ingin mengulangi komitmennya terhadap perniagaan dan pemilik Audi boleh yakin bahawa mereka akan terus mengukuhkan pengalaman pelanggan.

Terletak di lokasi strategik di pusat Setia Alam, Audi Centre Setia Alam akan memberi perkhidmatan buat komuniti di dalam perbandaran dan kawasan sekitarnya, termasuk Shah Alam dan Klang.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Fasiliti ini turut dilengkapi dengan lounge pelanggan bersama sambungan Wi-Fi dan ruang serahan jualan yang lebih segar.

Audi Centre Setia Alam turut menjemput para pelanggan yang sudah lama tidak mengunjungi pusat tersebut sejak enam bulan lalu untuk menikmati pemeriksaan diagnostik keselamatan 20-titik dan kesihatan secara percuma bernilai RM300 sehingga 31 Ogos 2022.

Waktu operasi jualan Audi Centre Setia Alam adalah pada hari Isnin hingga Ahad bermula jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang, manakala perkhidmatan selepas jualan pula dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang.

Pusat 4S ini akan ditutup pada cuti umum. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-33626555.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply