ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM lancar Tiguan Allspace Life, harga dari RM172,990

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia hari ini dengan pelancaran Tiguan Allspace Life baharu pada harga RM172,990.

Model pemasangan tempatan (CKD) di Pekan, Pahang itu masih lagi mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk dan mampu menawarkan ruang but sehingga 1,775 liter, paling besar dalam kelasnya.

Ia didatangkan dalam lima warna dan dua kemasan. Warna metalik terdiri daripada warna biru (Atlantic Blue), kelabu (Platinum Grey) dan perak (Pyrite Silver).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Manakala warna dengan efek mutiara ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) turut ditawarkan tanpa caj tambahan.

Tiguan Allspace Life menampilkan rekaan jeriji hadapan dengan jalur lampu di antara lampu utama LED yang menjadi rekaan signatur Volkswagen.

Elemen-elemen lain termasuklah kemasan ‘Allspace’, sarung cermin sisi berwarna perak, perkataan ‘Tiguan’ di bahagian belakang dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18-inci.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Antara ciri standard model ini ialah sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2-inci dengan ketersambungan aplikasi nirwayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa Climatronic 3-zon dan stereng sport pelbagai-fungsi dengan kemasan kulit.

Model ini dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan 250Nm daya kilas yang dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan. Gandingan itu menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan serta penjimatan bahan api sekitar 7.7l/100km.

Aspek keselamatan diutamakan menerusi enam beg udara, Kawalan Kestabilan elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), brek Pelbagai-Pelanggaran, Sistem Tindak Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB), Sistem Bantuan Kekal Lorong dan Amaran Pemandu.

Tiguan Allspace Life hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan pinggir jalan selama lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply