Auto Bavaria muncul sebagai pengedar pertama di Malaysia yang memperkenalkan BMW 520i serba baharu dan BMW i5 Edisi Terhad dengan Kelengkapan M Performance BMW.
BMW 520i mengekalkan reputasi 5 Series yang menggabungkan kemewahan serta prestasi. Dipacu enjin B48 4-silinder, BMW 520i kini didatangkan dengan sistem hibrid ringan 48V.
Kenderaan ini menampilkan ruang dalaman mewah berserta teknologi iDrive terkini dan sistem keselamatan komprehensif.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
BMW i5 Edisi Terhad dengan Kelengkapan M Performance BMW pula menawarkan pemanduan menarik dengan kuasa dan pecutan luar biasa, ciri estetika berjiwa dinamik dan pengendalian tangkas.
Berikut adalah harga runcit disyorkan di Semenanjung Malaysia:
- BMW 520i – RM332,800 (tidak termasuk BMW Service & Repair Inclusive)
- BMW i5 Edisi Terhad dengan Kelengkapan M Performance BMW (bernilai lebih daripada RM100,000) – RM449,800
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ini sememangnya merupakan satu tawaran yang tiada tandingan bagi para penggemar BMW, kerana hanya 20 unit BMW i5 Edisi Terhad disediakan secara eksklusif oleh Auto Bavaria di seluruh negara.
Sebagai pengedar utama BMW di Malaysia, pasukan jualan dan lepas jualan Auto Bavaria telah memenangi 12 anugerah BMW Excellence Club secara berturut-turut.
Sebagai sebahagian daripada Sime Darby Motors, Auto Bavaria mempunyai rekod pencapaian kukuh menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Ini menjadikan Auto Bavaria pilihan utama bagi para peminat BMW.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI