ARKIB

KATEGORI

Buletin

Auto Bavaria rasmi pembukaan bilik pameran Chan Sow Lin yang dinaik taraf

Berita Tempatan

Views

Rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia, Auto Bavaria telah merasmikan pembukaan bilik pameran yang dinaik taraf di Chan Sow Lin (CSL).

Bilik pameran ini akan mempamerkan kenderaan daripada portfolio BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).

Auto Bavaria CSL yang berkeluasan 35,000 kaki persegi meliputi tingkat bawah dan satu ini terletak di No. 8, Jalan Dua, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia dilengkapi bilik pameran yang menampilkan ruang khas untuk Alat Ganti, Aksesori dan Gaya Hidup, ruang perundingan pelanggan, ruang hospitaliti utama, bar serta ruang rehat.

Kemudahan asas seperti Ruang Jualan, Ruang Perkhidmatan Perundingan, Kawasan Penerimaan Kereta (RATC) dan Kawasan Serahan Pelbagai Fungsi juga disediakan untuk kemudahan pelanggan.

Pusat servisnya pula dikendalikan oleh enam orang kakitangan. Selain itu, Auto Bavaria CSL turut menyediakan kemudahan pengecas arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC) di premis ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Waktu operasi adalah setiap hari bermula dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari pada hari Sabtu.

Menurut Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, Auto Bavaria CSL memperlihatkan dedikasi pihaknya untuk menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan dalam perjalanan pemilikan premium mereka.

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan pula berkata, fasiliti yang diberi nafas baharu ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang canggih sejajar dengan pengalaman mereka selama 36 tahun dalam menyampaikan ‘Sheer Driving Pleasure‘ kepada pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply