ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki mengamuk libas cermin ambulans dengan parang ‘kwan tao’ dicekup, positif dadah jenis syabu

Tular

Views

Lagak samseng seorang lelaki menetak cermin sebuah ambulans dengan menggunakan sebilah parang jenis ‘kwan tao‘ membawa padah apabila dia ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 43 tahun itu dibuat pada pukul 2 petang kelmarin selepas pihaknya menerima laporan pukul 12 tengah hari.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berdasarkan laporan, pengadu warga tempatan memaklumkan bengkel membaiki penyaman udara miliknya didatangi lelaki tidak dikenali yang bertindak menetak cermin ambulans.

Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya menangkap suspek bagi membantu siasatan. Semasa tangkapan dibuat, pihak polis telah merampas sebilah kerambit yang berada pada tangan suspek.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Zulkipli menambah, turut dijumpai sebilah parang jenis ‘kwan tao’ di dalam kenderaan lelaki itu. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Video kejadian itu turut tular di Facebook dengan suspek juga kelihatan mengecam beberapa individu di dalam bengkel berkenaan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply