ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aveta V13R dilancarkan, harga jualan RM6,688

Berita Tempatan

Views

Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. petang tadi melancarkan model moped terbaharunya V13R secara maya menerusi saluran Facebook rasminya. Harga jualan Aveta V13R adalah RM6,688 dan ia akan mula berada di 150 pengedar sah Aveta di seluruh negara mulai 20 November ini.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Empat pilihan warna ditawarkan, iaitu hitam, kelabu, merah dan juga biru. Motosikal ini dikuasakan enjin silinder tunggal bersesaran 124cc empat lejang sejukan udara yang mematuhi piawaian emisi Euro 4. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi 4-kelajuan dengan cekam (klac) automatik.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Trenkuasa ini mampu menjana 7.8 kuasa kuda pada 7,500 rpm dengan 8.5 Nm daya kilas pada 5,500 rpm. Antara ciri-ciri menarik Aveta V13R adalah brek cakera hadapan dengan angkup dwi omboh, lampu siang LED (DRL), peredam ekzos rekaan sporty, soket pengecas USB dan rim aloi.

Aveta V13R merupakan model kelima dari pengeluar motosikal tempatan itu selepas Aveta VS110, Aveta Ranger 110, Aveta RX110, dan juga Aveta DY90. Kapcai ini ditawarkan dengan waranti selama 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000 km (yang mana terdahulu).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply