ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Mitsubishi Motors Malaysia tawar diskaun 30 peratus alat ganti tulen, 50 peratus kos upah

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan program bantuan banjir bagi pemilik Mitsubishi di Kuala Lumpur, Selangor, dan Pahang yang kenderaan mereka terjejas akibat banjir.

Mereka ditawarkan diskaun sebanyak 30 peratus bagi alat ganti tulen dan 50 peratus kos upah bermula hari ini sehingga 20 Januari 2022.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Selain itu, Mitsubishi Motors juga membantu pelanggan dengan menawarkan khidmat tunda secara percuma. Pelanggan perlu menghubungi talian khidmat pelanggan Mitsubishi Assist 24Jam (MA24) di 1-800-88-2166.

Pemilik Mitsubishi yang menguruskan penundaan kenderaan mereka sendiri, tanpa bantuan MA24 dan perlindungan insurans juga berhak mendapat rebat sehingga RM300.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan ialah membuat laporan polis dan kemudian menunda kenderaan yang terjejas ke pusat servis Mitsubishi Motors berhampiran.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, semua kakitangan servis dan pengedar sah mereka siap siaga untuk menghulurkan bantuan kepada pemilik kenderaan Mitsubishi yang terjejas.

Program bantuan banjir Mitsubishi ditawarkan untuk kenderaan yang dibeli dari pengedar sah Mitsubishi Motors. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-18-8161.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply