ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: PDRM gerak Pasukan Cantas pantau kes kecurian kenderaan tersadai

Berita Tempatan

Views

Pasukan Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan ke kawasan terjejas banjir bagi memantau kes kecurian kenderaan yang tersadai akibat bencana itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Astro AWANI melaporkan, pihaknya akan menggerakkan pasukan cantas ini dan menangkap mereka yang terlibat mencuri kenderaan mangsa banjir. Pasukan ini bukan hanya di satu kawasan tetapi di semua tempat terjejas banjir.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Hamzah berkata perkara itu diputuskan selepas beliau mengadakan perbincangan bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani semalam, dengan pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kecurian kereta rosak akibat banjir termasuk kes kecurian menggunakan trak tunda.

Pasukan Cantas PDRM secara umumnya dianggotai anggota dan pegawai polis pelbagai pangkat dan akan ditugaskan bagi menangani kes-kes tertentu yang berlaku di dalam negara.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kegiatan curi kenderaan mangsa banjir termasuk melibatkan trak tunda yang didakwa cuba membawa lari kereta-kereta yang tersadai.

Dalam pada itu, Hamzah berkata pihaknya bercadang untuk membeli 50 bot untuk kontinjen polis Selangor khusus untuk bencana banjir dan permohonan mengenainya telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply