Nampaknya era model Lotus Elise, Exige dan Evora berakhir setelah kesemuanya ditamatkan pengeluaran. Model Elise mula diperkenalkan sejak 1996, diikuti oleh Exige empat tahun kemudian (2000), manakala Evora pula tiba pada tahun 2009.
Unit yang ke-35,124 dan terakhir Elise merupakan model Sport 240 Final Edition berwarna kuning. Exige terakhir (unit ke-10,497) pula merupakan model Cup 430 Final Edition yang dicat dengan warna hijau perlumbaan, manakala Evora yang ke-6,117 dan yang terakhir adalah model GT430 Sport berwarna kelabu metalik.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Kesemuanya akan disimpan oleh Lotus sebagai khazanah warisan mereka. Sejak lebih 26 tahun yang lalu, syarikat itu telah menghasilkan sebanyak 51,738 unit Elise, Exige dan Evora. Ini bermakna, ia mewakili hampir separuh daripada jumlah pengeluaran Lotus sepanjang 73 tahun kewujudannya.
Walaubagaimanapun, jumlah ini adalah lebih tinggi kerana Lotus turut menghasilkan sebanyak 9,715 kereta sport untuk pihak ketiga, seperti Tesla dan GM. Model-model ini termasuklah Tesla Roadster, selain Opel / Daewoo Speedster dan Vauxhall VX220.
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Barisan pengeluaran model-model ini nanti akan digantikan dengan “fasiliti tercanggih” yang akan menghasilkan model Emira. Ia jangka mula dihasilkan pada musim bunga akan datang dan Lotus berkata mereka mampu menghasilkan sehingga 5,000 unit Emira setahun dengan satu syif.
Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusan Lotus, Matt Windle berterima kasih kepada para kakitangan dan pelanggan syarikat atas “keghairahan, semangat dan sokongan” mereka. Tambah beliau, pihaknya menanti kehadiran Emira dan Evija di kilang serba baharu di Hethel dan kemudahan sub-pemasangannya di Norwich, dalam menjayakan strategi Vision80.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI