ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Program Bantuan Banjir Nissan tawar diskaun 20 peratus alat ganti dan caj upah

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) bersama-sama dengan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS), hari ini mengumumkan program Bantuan Banjir Nissan buat para pelanggan mereka yang terkesan akibat bencana tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Program ini menawarkan diskaun 20 peratus alat ganti dan caj upah, yang bakal meringankan beban para pemilik kenderaan Nissan yang terjejas. Selain itu, harga penggantian upholsteri khas turut ditawarkan pada RM 1,655 bagi kenderaan sedan, manakala RM 1,988 untuk MPV, SUV, pikap dan van.

Nissan juga menawarkan Pelan Pembayaran Mudah (EPP) sehingga ke 12 bulan untuk bil keseluruhan dan 6 bulan atau jaminan perbatuan 10,000km (yang mana terdahulu) untuk penggantian Alat Ganti Tulen Nissan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Perkhidmatan lanjutan seperti tunda percuma mengikut terma dan syarat, tunda pintu-ke-pintu untuk kenderaan yang teruk terjejas dan perkhidmatan Ambil & Hantar untuk khidmat penyelenggaraan biasa pada hujung minggu kini disediakan.

Pemilik Nissan boleh menghubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838 untuk bantuan lanjut, atau hubungi cawangan TCEAS berhampiran untuk janji temu. ETCM dan TCEAS turut bersimpati dengan kerugian yang dialami oleh mereka yang terjejas akibat banjir.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply