ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir: Proton dan Perodua setuju beri diskaun 50 peratus alat ganti, kos tunda dan upah percuma

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan memberikan baucar sebanyak RM1,000 untuk digunakan bagi tujuan pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan peribadi yang telah rosak sepenuhnya akibat banjir.

Menurut Utusan Online, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan inisiatif itu, dapat membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir yang melanda negara pada 18 Disember lalu.

Kerajaan antara lain melaksanakan beberapa inisiatif iaitu menyediakan perkhidmatan tunda kereta melalui Perodua ke pusat servis Perodua secara percuma selain syarikat itu bersetuju memberikan kos upah baik pulih secara percuma dan diskaun sebanyak 50 peratus ke atas alat ganti.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Selain itu, Proton juga bersetuju memberi diskaun alat ganti sebanyak 50 peratus bagi kebanyakan model kereta serta menawarkan caj tunda dan cuci kereta secara percuma di pusat-pusat servis mereka yang berdaftar.

Tambah beliau, bagi syarikat kereta lain pula, hampir semua bersetuju menyediakan perkhidmatan tunda kereta secara percuma dan diskaun sebanyak 25 peratus atau lebih, ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis berdaftar.

Selain itu, kata Ismail Sabri, Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan Kemudahan Bencana atau DRF melalui bank komersial sehingga RM500,000 kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dan sehingga RM75,000 kepada usahawan mikro.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Menerusi ketersediaan dana RM500 juta, katanya, tempoh pembiayaan adalah sehingga lima tahun termasuk moratorium bayaran balik sehingga enam bulan dengan kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju menyediakan pemberian baucar kepada mangsa-mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik yang telah rosak.

Katanya, setiap ketua isi rumah boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasar raya berdaftar atau saluran e-dagang diiktiraf Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply