ARKIB

KATEGORI

Buletin

Baojun acah model SUV Mini, macam ‘klon’ Suzuki Jimny versi EV je

Berita Global

Views

Nampak gayanya pengeluar kereta dari Jepun sudah kena ‘sailang’ dengan China. Apa yang patut Suzuki buat lebih awal, telah ‘dicantas’ oleh Baojun, yang bakal mengeluarkan kenderaan elektrik gaya hidup pacuan empat roda mampu milik.

Suzuki sebenarnya dah memperoleh peluang keemasan tersebut menerusi model ikoniknya iaitu Jimny, namun ia masih belum mempunyai versi elektrik. Lebih malang, Jimny turut telah diharamkan dari kebanyakan negara Eropah kerana pelepasan CO2 sebanyak 170g/km.

Adakah ini peluang baik buat Baojun?

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Baojun ialah jenama di bawah usaha sama SAIC-GM-Wuling (SGMW). Ia diposisikan lebih tinggi sedikit daripada jenama Wuling, yang terkenal dengan Mini EV.

Model pacuan empat roda itu dipertontonkan dalam satu video ringkas semasa pelancaran Baojun KiWi EV baharu. Meskipun hanya sekilas, namun ia telah memperlihatkan imbasan model SUV Mini itu.

Sekali imbas, dari pandangan sisi ia seakan sebuah Jimny dengan penggayaan yang lebih ranggi. SUV Mini dua pintu ini kelihatan lebih moden terutama sekali rekaan lampu depan dan belakang yang bermain dengan jejalur cahaya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jika anda perasan, ia banyak menggunakan elemen rekaan bar seperti simbol tolak (-) yang kelihatan pada lampu depan dan belakang serta pemegang pintu.

Model yang masih belum mempunyai nama itu dijangka menggunakan pelantar Baojun KiWi dengan dua motor elektrik. Model KiWi mempunyai motor elektrik di bahagian belakang, dengan output sama ada 54 atau 68 kuasa kuda.

Jadi, besar kemungkinan output untuk SUV Mini ini setidak-tidaknya mampu menjana 110 kuasa kuda. Baojun dijangka akan mempertontonkan versi sedia-pengeluaran semasa Guangzhou Auto Show pada penghujung November. Pelancaran rasminya ke pasaran China pula dijadualkan pada suku pertama (Q1) 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Carnewschina.com

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply