ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Mercedes-Benz AMG C-Class C43 cabut lari lepas rempuh pam minyak

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz AMG C-Class C43 dipercayai melarikan diri selepas merempuh pam di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), awal pagi tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.13 tengah malam.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun dikejarkan ke tempat kejadian.

Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bagaimanapun, pemandu tiada di dalam kereta terbabit semasa pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian. Menurutnya, berlaku tumpahan petrol susulan kemalangan itu.

Tambah beliau, pasukan bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelak daripada terjadinya kejadian yang tidak diingini. Operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada pukul 12.49 tengah malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Friendsofbombaa

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply