ARKIB

KATEGORI

Buletin

Baojun Yep, SUV EV mini yang sangat comel dan ranggi

Berita Global

Views

Baojun akhirnya menyiarkan reka bentuk luaran model SUV EV mini terbaharu mereka, yang dikenali sebagai “Yep“. Baojun, merupakan sub-jenama hasil usahasama antara SAIC-GM-Wulling (SGMW).

Debut global rasminya dijangka akan dibuat semasa Shanghai Auto Show 2023 pada bulan April nanti. Pelancaran rasminya akan dibuat pada bulan berikutnya, iaitu Mei.

Pada awal kemunculannya tahun lalu, SUV EV mini ini dipaparkan menerusi model konsep yang membawa jenama Kiwi, namun Baojun nampaknya telah ‘berubah fikiran’ dan akan memperkenalkannya di bawah jenama sendiri.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut portal CarNewsChina, nama sebenar EV ini adalah 悦也 (YueYe) dalam Bahasa China, dan Yep bila diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.

Dari segi reka bentuk, Baojun Yep kelihatan mirip model konsep dengan hanya dikurangkan beberapa ciri sahaja. Ia menampilkan ciri sebuah off-roader yang ‘secukup rasa’ meskipun dengan tayar yang kecil.

Selain itu, ia memiliki jarak lega tanah yang agak tinggi selain fender yang menonjol, bampar yang dicat hitam, plat gelincir bersepadu dan rel para bumbung.

Antara ciri menarik pada model ini adalah penggunaan lampu jenis LED rekaan moden di depan dan belakang, serta bonjol kecil pada pintu belakang, betul-betul bersebelahan dengan tuil pembuka pintu. Tetapi, ia terlalu kecil untuk dijadikan sebagai penutup tayar ganti.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Dari segi dimensi, Yep berukuran 3,381 mm panjang, 1,685 mm lebar dan 1,721 mm tinggi. Ini bermakna, ia 214 mm lebih pendek jika dibandingkan dengan Suzuki Jimny yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan spesifikasinya. Walaubagaimanapun, menurut sumber dari Kementerian Perindustrian dan Teknologi China, Yep akan menggunakan motor elektrik tunggal yang menjana 67 kuasa kuda dan 140 Nm daya kilas.

Untuk varian ini, kuasa akan disalurkan terus kepada gandar belakang. Varian yang lebih berkuasa dengan dwi motor elektrik dan pacuan semua roda (AWD) dijangka akan menyusul kemudian.

Dari segi jarak tempuh, bateri litium besi fosfat yang digunakannya lebih dari memadai untuk bergerak sejauh 303 km (kiraan mengikut protokol CLTC).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply