ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Impresi Artis

Views

Sahabat kami yang merupakan pakar manipulasi foto tersohor, Theophilus Chin sekali lagi tampil dengan karya terbaharunya iaitu Perodua Myvi generasi keempat (G4).

Model Myvi semasa di pasaran masih berada pada generasi ketiga dan generasi seterusnya dijangka tiba kira-kira dua tahun lagi atau mungkin juga lebih awal.

Untuk impresi yang terbaharu, Theophilus Chin atau Theottle, menggunakan model asas Toyota Vios @ Yaris Ativ (D92A) baharu yang bakal tiba di Malaysia pada tahun ini.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Seperti yang kita ketahui, Vios @ Yaris Ativ (D92A) dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan dikuasakan oleh enjin 1.5L NA 2NR-VE yang menjana 106 PS dan 138 Nm daya kilas untuk pasaran Indonesia.

Enjin ini disambungkan kepada pilihan sama ada transmisi manual 5-kelajuan dan CVT dengan pilihan mod pemanduan Eco/Power.

Dari segi reka bentuk, bahagian depan Myvi versi Theottle telah diolah kembali dengan menyuntik elemen reka bentuk terkini Perodua, terutama pada bahagian jeriji dan bampar yang bermotifkan “X”.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Bahagian sisi Vios @ Yaris Ativ (D92A) meskipun masih lagi kelihatan hampir sama, namun ada beberapa perubahan dibuat terutama pada bahagian tingkap di tiang-C.

Di belakang, Theottle telah meminjam rekaan Seat Ibiza yang kelihatan agak harmoni dengan lekuk pada badan Vios @ Yaris Ativ (D92A) yang banyak menggunakan garisan tajam dan agak bersegi.

Menurut Theottle, secara keseluruhan Myvi (G4) bayangannya menampilkan gaya yang lebih matang. Pada firasatnya, mungkin juga ramai yang kurang berminat kerana rekaannya agak selamat (safe design) dan tidak seperti Honda City Hatchback yang lebih sporty.

Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?    

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply