ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Foto Intip

Views

Boleh kata agak lama juga kami tidak menerima foto intip (spyshot) kan? Yang terbaharu ini juga adalah ihsan dari laman Facebook rakan kami, The Ajerul yang memuatnaik foto dua unit ujian Proton X90 (VX11) yang berjaya dikesan di susur keluar Simpang Pulai.

Kedua-dua unit ujian X90 (VX11) ini masih lagi sarat dengan celoreng penyamaran dan sempat dirakam oleh Azaharol Mohamed. Nampaknya, Proton masih lagi giat menguji model bakal model crossover MPV pertamanya yang dibakal dilancarkan tahun depan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Di China, versi facelift model penderma asalnya iaitu Geely Hao Yue L telah dipaparkan di laman Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China dan memaparkan rekaan yang dikemaskini dengan kehadiran jeriji kemasan krom berbilang jejari bersaiz besar, serta bampar yang lebih garang.

Setakat ini masih belum ada informasi terbaharu berkenaan dengan X90 (VX11), namun menurut ejen perisik Mat Bond, perancangan model tersebut masih mengikut jadual, termasuk sebuah lagi model sedan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kata Mat Bond lagi, mengikut perancangan, X90 (VX11) bakal dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2023, manakala model sedan S50 (SS11) mungkin bakal diperkenalkan pada akhir tahun, jika tiada sebarang pindaan.

Selain itu, Proton akan mula memasarkan model usahasamanya dengan smart Automobile Company (smart) untuk pasaran Malaysia dan Thailand iaitu smart #1 pada awal suku keempat (Q4) 2023.

Kilang di Tanjung Malim juga akan mula memasang sebuah model elektrik (EV) Volvo pada tahun 2024. Kita nantikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply