ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Impresi Artis

Views

Setelah berhempas-pulas selama beberapa jam, akhirnya gambaran awal Perodua Axia 2023 (D74A) versi penulis sendiri siap jua akhirnya.

Meskipun terpaksa keluar dari persaraan awal sebagai pereka grafik bagi menyiapkan karya ini, tapi hasilnya nampak berbaloi.

Penulis dapat menagak ramai yang akan menyangka ini Myvi versi tukar bampar dengan Alza serba baharu kan? Tapi ini adalah hasil kajian dan maklumat yang penulis terima mengenai reka bentuk sebenar secara kasar Axia 2023 (D74A).

Model ini masih mengekalkan identiti reka bentuk pada model terkini Perodua dengan jeriji yang agak besar dan bampar gaya “X”.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Menurut informasi yang diperolehi Axia 2023 (D74A) mempunyai lampu hadapan jenis LED yang digelapkan (smoked) rekaan melintang, dan bampar seakan model Alza serba baharu.

Bahagian belakang pula rekaannya agak ringkas dengan lampu jenis tunggal yang digelapkan (smoked) menggunakan mentol biasa dan rekaan bampar yang nampak kosong.

Ejen perisik kami iaitu Mat Bond berkata Perodua bakal melancarkan model terbaharu pertama mereka tahun ini, iaitu Axia 2023 (D74A) pada 14 Februari nanti.

Pengeluaran massanya juga akan bermula minggu ini dan ia  akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

Kesemua varian akan dilengkapi dengan transmisi D-CVT yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Axia 2023 (D74A) akan dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) versi baharu, namun masih mengekalkan kapasiti enjin dan juga kod lamanya, iaitu 1.0 liter 1KR-VE VVT-i.

Varian AV akan dilengkapi dengan enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), namun tanpa ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply