ARKIB

KATEGORI

Tular

Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Tular

Views

Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai ciapan dari pemilik akaun Twitter @Pio_Dhurjana yang mendakwa keretanya terpaksa mengelak ke tepi sehingga bergesel dengan pembahagi jalan bagi memberi laluan kepada konvoi pengiring kenderaan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tadi tengah traffic light sesak gila, tetiba bunyi siren,so kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun kekanan sekali sampai tergesel divider tepi jalan, sekali yang lalu @HRHJohorII , ingat kecemasan apa lah”

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Katanya ketika itu keadaan amat sesak di lampu isyarat dan dia terpaksa berhimpit ke kanan hingga bergesel dengan pembahagi jalan bagi memberi laluan, kerana beranggapan ada situasi kecemasan.

TMJ membalas ciapan lelaki tersebut dan berkata:

“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham PRU dah dekat, tetapi taktik menghasut & menipu tidak akan selesaikan masalah2 rakyat. Banyak lagi cara positif lain yg lebih efektif.”

Namun, agak mengejutkan lelaki tersebut membalas kembali dan berkata:

“Wslm tengku saya rasa saya tak rabun lagi, boleh check pukul 7:03 dekat jalan menghala ke pasir pelangi, kereta no plat tmj berwarna krim dengan escort polis bermotor, btw saya takda kene mengena dengan politik”

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ciapan balas lelaki tersebut ternyata mengejutkan warga Twitter dan ada yang berkata dia yang merasa takut dengan jawapan balas yang telah diberikan itu. Ada juga yang berseloroh dan mencadangkan TMJ mencari lelaki tersebut dan menggeleteknya.

Lelaki tersebut merupakan seorang pengusaha kantin dan amat memerlukan kereta berkenaan untuk mencari rezeki. Katanya jika membuat tuntutan insurans dan menghantarnya ke bengkel, ia mungkin mengambil masa kira-kira sebulan.

Setakat artikel ini ditaip, masih belum ada apa-apa lagi kemas kini terbaharu berkenaan isu terbabit. Kami berharap ia dapat diselesaikan secara baik dan harmoni demi kebaikan bersama.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @Pio_Dhurjana

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply