ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Foto Intip

Views

Nampaknya kali ini Proton betul-betul menguji bakal model baharu mereka ‘kaw-kaw’. Agak jarang kita melihat unit ujian model baharu Proton alami kerosakan hingga terpaksa berhenti di tepi jalan kan?

Kelibat unit ujian bakal model crossover MPV X90 (VX11) telah berjaya dirakam menerusi kamera pemuka (dashcam) kenderaan yang dinaiki oleh rakan pembaca kami bernama Mohammad SHahiran.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Video yang dikongsikan di ruangan komen salah satu hantaran di Facebook kami itu memaparkan X90 (VX11) yang lengkap berceloreng terpaksa berhenti di tepi jalan dan mungkin mengalami kerosakan/masalah teknikal.

Kelihatan hud depannya terpaksa diangkat dan ada seorang individu (mungkin salah seorang penguji dari unit R&D Proton) berada di hadapannya untuk melakukan pemeriksaan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Di belakang unit ujian X90 (VX11) itu pula ada sebuah Mazda CX-9 yang mungkin dijadikan sebagai kenderaan pengiring merangkap kenderaan penanda aras untuk sesi ujian tersebut.

Tidak dinyatakan pula bila dan di mana lokasi kejadian tersebut dirakam oleh si pengirim. Kami juga tidak mengetahui apa masalah teknikal yang berlaku kepada unit ujian X90 (VX11) tersebut.

Namun, ini bermakna Proton betul-betul ‘melenjan’ unit ujian X90 (VX11) ini ke tahap maksima. Segala data yang diperoleh semasa tempoh ujian itu nanti akan dijadikan panduan bagi mengatasi segala masalah yang ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohammad SHahiran

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply