ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bapa kanak-kanak 12 tahun pandu Perodua Viva didakwa cuai

Berita Tempatan

Views

Seorang penjual karpet warga Pakistan, iaitu bapa kepada kanak-kanak lelaki 12 tahun, yang memandu Perodua Viva dengan membawa dua adiknya, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan, bertindak cuai hingga mungkin mendedahkannya kepada kecederaan fizikal, pada hujung bulan lalu.

Lelaki berstatus pemastautin tetap berusia 53 tahun itu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki, berusia 12 tahun, telah mengabaikan dan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkanya kepada kecederaan fizikal.

Dia dituduh gagal mengawasi kanak-kanak tersebut sehingga murid Tahun Enam berkenaan memandu kereta di Jalan Impiana 10, Taman Putra Impiana, Puchong, pada jam 7.30 petang, 28 Julai lalu.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ia berserta hukuman tambahan iaitu orang yang disabitkan atas kesalahan, perlu menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahin Sasaruddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berdekatan, sekali setiap bulan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply