ARKIB

KATEGORI

Tular

Baru guna dua minggu Honda HR-V milik wanita ini ‘mula buat hal’, dari mengandung 8 bulan sampai anak umur dua bulan masalah belum selesai!

Tular

Views

Nampaknya ada lagi kes yang hampir sama seperti Perodua Bezza ‘bergula yang tular sebelum ini. Sejak semalam, tular hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Noriya Mamat yang meluahkankan rasa kekecewannya dengan pihak Honda.

Pemilik Honda HR-V ini yang pada mulanya gembira mendapat kereta baharu, namun selepas dua minggu ia bertukar kepada episod duka, gara-gara keretanya mengalami masalah selepas dihantar ke pusat servis Honda Gong Badak, Kuala Terengganu untuk servis 1,000 km pertama.

Berikut adalah kronologi ringkas berkenaan isu berkenaan Honda HR-V ini:

Ogos 2023
Setelah hampir 8 bulan menunggu, akhirnya dia menerima kereta idamannya iaitu sebuah HR-V baharu dengan ‘bayaran muka‘ hampir RM18,000 hasil ‘hasil dari titik peluh perniagaan’ yang diusahakannya.

Noriya mengganggap ia adalah ‘rezeki anak’ yang bakal dilahirkanya pada Oktober 2023. Kata Noriya, HR-V itu telah diserahkan kepadanya pada 26 Ogos 2023.

September 2023
“Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Pada 2 September 2023, selepas dua minggu menggunakan HR-V itu, dia menghantar keretanya ke pusat servis Honda Gong Badak, Kuala Terengganu untuk servis 1,000 km pertama.

Dua hari selepas itu, HR-Vnya ‘mula buat hal’. Pelarasan pancaran lampu hadapan tidak boleh dikawal, lampu dalam panel meter ‘berkelip-kelip’ dan lebih menggerunkan, lampu kecemasan turut menyala.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Disebabkan masih dalam waranti, dia terus menghantar kereta tersebut ke pusat servis yang sama. Selepas seminggu kereta tersebut siap dibaiki, namun pada hari yang sama selepas ia diambil, masalah yang sama berulang dan menghantar HR-V itu kembali ke pusat servis.

Lebih menyedihkan, dia terpaksa berulang-alik ke pusat servis dalam keadaan sarat mengandung dan dia juga tiada kenderaan untuk melakukan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan, sewaktu hampir nak bersalin.

Oktober 2023
Kereta itu masih belum siap dibaiki meskipun pada ketika itu dia telah pun selamat melahirkan anak pada Oktober 2023. Apabila ditanya, pusat servis memberi alasan mereka “tidak dapat mengesan di mana punca masalah keretanya”.

Disember 2023
Pada akhir Disember, kakaknya telah menelefon pusat servis berkenaa dan Honda Malaysia untuk mengetahui punca sebenar masalah keretanya. Dari info yang diperolehi, juruteknik dari Honda Malaysia akan ‘turun’ ke Terengganu untuk mengenal pasti masalah keretanya, itupun selepas hampir empat bulan.

Dia turut diberikan kereta ganti sementara, sebuah Perodua Myvi hijau yang ‘sangat uzur’ untuknya berulang- alik ke klinik kesihatan. Disebabkan kondisi sangat uzur, kakaknya meminta untuk ia digantikan dengan kereta yang lebih elok dan akhirnya telah menerima Honda City untuk kegunaan sementara.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Setakat ini, dia masih mendapat info terkini berkaitan HR-Vnya, namun masih tetap menerima jawapan yang sama. Cuma, HR-V itu akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk pemantauan lebih teliti.

Januari 2024
Pada 10 Januari 2024, dia menerima panggilan dari pihak Honda Malaysia dan diberitahu yang masalah kereta tersebut masih tiada kesudahan, dan pihak berkenaan meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.

Kakak kepada Noriya pula telah menghubungi Honda Temerloh lokasi HR-V tersebut dibeli, namun hampa apabila pihak berkenaan memberitahu kakaknya yang dia perlu membuat aduan kepada Honda Malaysia untuk mendapatkan solusi yang terbaik.

Apa yang dimahukannya ketika ini adalah keadilan buat dirinya kerana dia masih perlu membayar ansuran bulanan kereta hampir RM1,500 sebulan walaupun tidak dapat menggunakannya. Dia berharap agar mendapat gantian unit HR-V yang baharu, tetapi pihak Honda memberitahu ia tidak termasuk dalam jaminan.

Sampai bilakah episod ini akan berlarutan? Kita tunggu apa reaksi balas dari Honda Malaysia berhubung perkara ini. Setakat artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah menerima lebih 417 komen dan 1,800 perkongsian di media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Noriya Mamat

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply