ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes Mercedes-Benz EQB terbakar – Syarikat pengendali stesen pengecas (EVCS) beroperasi tanpa lesen ST

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia) menerusi satu kenyataan media memaklumkan, pihaknya sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kes kebakaran pada 31 Disember 2023 yang melibatkan sebuah stesen pengecas kenderaan elektrik (electric vehicle charging station – EVCS) dan sebuah Mercedes-Benz EQB di premis pusat pameran kereta di Johor Bahru.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan mangsa atau pasukan bomba dan penyelamat dalam kejadian tersebut. Dalam kebakaran ini, sebuah kenderaan telah hangus dan tiada kenderaan lain berada di premis tersebut semasa kejadian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kira-kira 5 peratus premis yang berkeluasan 256 meter persegi juga turut terbakar, selain memusnahkan kira-kira 20 peratus daripada kemudahan bahagian pengecasan kenderaan elektrik (electric vehicle charging bay) di premis tersebut.

Siasatan awal ST juga mendapati bahawa pihak syarikat yang terlibat telah mengoperasikan EVCS tersebut tanpa lesen daripada ST.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 memperuntukkan bahawa aktiviti pembekalan tenaga daripada mana-mana pepasangan hendaklah dilaksanakan dengan mendapatkan lesen yang sah daripada ST.

Justeru, ST memandang berat memandang berat ke atas apa-apa kes yang melibatkan keselamatan orang awam dan selaku badan kawal selia sektor tenaga negara, pihaknya sentiasa melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply