ARKIB

KATEGORI

Buletin

Batal lesen pemandu mabuk seumur hidup – CAP

Berita Tempatan

Views

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar membatalkan lesen memandu seumur hidup terhadap mereka yang memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian melaporkan, Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, tindakan tegas itu antara yang perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa agar kejadian meragut nyawa akibat perbuatan pemandu tidak bertanggungjawab dapat dibanteras.

Menurutnya, hal ini kerana pemandu mabuk dilihat tidak bimbang dengan undang-undang sedia ada dan tidak mempedulikan kehidupan orang lain dengan meneruskan pemanduan meskipun berada dalam pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Walaupun kejadian kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk sering dilaporkan, malah ia kini semakin meningkat dan dilihat tidak memberi pengajaran buat mereka (pemandu mabuk).

Pihaknya menggesa Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia mengenakan hukuman berat kepada pemandu yang mabuk dan menyebabkan kematian.

Hukuman berat kepada pemandu berkenaan perlu dikenakan kerana menyebabkan kematian terhadap orang yang tidak bersalah.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Subbarow berkata, pihak berkuasa perlu sentiasa melakukan pemeriksaan dan mengesan pemandu mabuk terutama pada setiap hujung minggu.

Tambahnya, apa jua alasan untuk memandu dalam keadaan mabuk dan mendatangkan bahaya kepada orang yang tidak bersalah tidak boleh diterima, apatah lagi pada zaman sekarang yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam termasuk e-hailing.

Pada Ahad media melaporkan, seorang wanita maut manakala seorang lagi wanita parah akibat dilanggar pemandu kereta mabuk ketika melintas jalan di Jalan Banting-Kajang (Jalan Reko) berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat, Selangor.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply