ARKIB

KATEGORI

Tular

Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Tular

Views

Pihak kontraktor dan bahagian projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sedia menanggung kos mencuci serta menggilap kenderaan pengguna jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang terkesan dengan masalah tumpahan minyak.

Menurut KOSMO! ONLINE, perkara tersebut dimaklumkan menerusi ciapan di Twitter, SUKE Expressway malam tadi.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Katanya, pihaknya telah menerima beberapa aduan daripada pengguna jalan raya MRR2 berkenaan isu tumpahan minyak di tapak pembinaan SUKE berhampiran Bandar Tasik Selatan, semalam.

Pihak SUKE memohon agar mereka yang terlibat dalam insiden itu untuk menghubungi mereka melalui hotline atau email untuk tindakan selanjutnya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

“Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Terima kasih atas maklum balas anda dan kami komited dalam memastikan pembinaan baki jajaran SUKE yang masih belum siap dilaksanakan sebaik mungkin,” ciapnya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa apabila kereta Proton Pesona miliknya menjadi ‘mangsa’ tumpahan minyak yang didakwa berpunca dari laluan SUKE.

“Baru lepas lalu jalan MRR2, habis kereta kena minyak tumpah dari Lebuh Raya Bertingkat SUKE, akhirnya lewat masuk kerja, punca betul,” luahnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SUKE Expressway

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply