ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bawa ayam naik bas ekspres, empat lelaki didenda RM1,000

Berita Tempatan

Views

Ini ada satu lagi berita yang berkaitan bas ekspres, tapi berita ini agak melucukan. Utusan Online melaporkan, empat individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas kesalahan mengangkut 13 ekor ayam jantan menggunakan bas ekspres tanpa permit, April tahun lalu.

Keempat-empat tertuduh, Fauzi Yazid, 47; Nik Nurilham Muhamad@Afandi, 41; Mohd. Zulhilmi Amzar Zuhaimi, 27, dan Raja Alfaisal Raja Azlan, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret, Nurasidah A. Rahman.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Kesemua mereka dikenakan hukuman denda berjumlah RM1,000, manakala mahkamah turut memerintahkan Nik Nurilham, Raja Alfaisal dan Fauzi membayar kos penjagaan dan rawatan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Nik Nurilham diarahkan membayar sebanyak RM706.04 manakala Raja Alfaisal dan Fauzi masing-masing diarahkan membayar sebanyak RM109.51. Mengikut kertas pertuduhan, Nik Nurilham didakwa memindahkan tujuh ekor ayam hidup, Mohd. Zulhilmi empat ekor ayam mati dan Raja Alfaisal serta Fauzi masing-masing seekor ayam hidup menggunakan bas ekspres.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Platform B, Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru pada pukul 11.20 pagi pada 7 April tahun lalu. Macam-macam hal, kenapa tak hantar ayam tu naik Grab je, hahaha. Semoga kejadian ini diambil ikitbar kepada semua.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto sekadar hiasan, kredit imb.org

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply