ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kos tinggi, janji pemansuhan tol sukar untuk ditunaikan – Tun Dr Mahathir

Berita Tempatan

Views

Hari ini tanggal 9 Mei 2019, genaplah setahun kerajaan baharu Pakatan Harapan menerima mandat dari rakyat setelah memenangi pilihan raya umum pada tahun lalu. Pelbagai janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya telah dibuat, ada yang telah dilaksana, ada yang belum dan ada juga yang mungkin tidak akan terlaksana.

Menurut laporan Astro Awani semalam, salah satu janji dalam manifesto yang sangat ditunggu-tunggu rakyat iaitu pemansuhan tol, kini menjadi antara janji yang tidak tertunai selepas satu tahun mentadbir negara. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, janji itu gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya ia dilaksanakan.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Menurut Tun Dr Mahathir, mereka kini menyedari bahawa untuk menghapuskan tol, ia bermakna kerajaan perlu membeli semua lebuh raya dan itu melibatkan kos yang besar. Sebagai contoh, untuk lebuh raya PLUS sahaja, kerajaan perlu membayar RM30 bilion sebelum boleh menghapuskan tol.

Persoalannya ialah adakah kerajaan menggunakan RM30 bilion untuk itu atau menggunakannya untuk tujuan lain yang lebih penting. Beliau berkata demikian pada sidang media khas satu tahun Malaysia Baharu di Putrajaya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pemansuhan tol di tiga laluan motosikal dilihat sebagai satu langkah awal sebelum tol dimansuhkan sepenuhnya seperti dijanjikan kerajaan PH dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Pemansuhan tol motosikal itu ialah di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor. Walau bagaimanapun, pelaksanaan memansuhkan tol sepenuhnya itu tidak dapat dilakukan dalam kadar segera kerana keadaan negara kini yang dibebani dengan masalah kewangan.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan kerajaan memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisma kutipan tol, membabitkan empat lebuh raya berkenaan.

Dengan pengambilalihan itu, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada, dan sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan iaitu kadar yang sama dengan kadar tol semasa pada waktu puncak selama enam jam sehari. Kadar tol akan dihapuskan pada luar waktu puncak yang dicadangkan antara jam 11 malam dan 5 pagi.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply