ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bayar saman trafik dulu, baru boleh balik Singapura – PDRM

Berita Tempatan

Views

Pesalah trafik warga Singapura boleh dihalang keluar dari negara ini dan boleh ditangkap jika mempunyai saman tertunggak trafik serta saman berstatus waran tangkap.

Berita Harian melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata sehingga kini, sebanyak 108,757 saman masih belum dijelaskan daripada 143,427 saman yang dikeluarkan dari 2016 hingga 2021.

JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warganegara Singapura bahawa mereka boleh dihalang keluar dari negara ini jika mempunyai saman tertunggak sama ada Pol 170A atau Pol 257 berdasarkan di bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 24(4) Akta Polis 1967.

Jelas beliau, jika pesalah trafik berkenaan mempunyai saman berstatus waran tangkap, polis akan menangkap pesalah trafik berkenaan dan dituduh di mahkamah dalam tempoh segera.

Sekiranya dapat dituduh pada hari yang sama, pesalah trafik berkenaan akan ditahan sekiranya tidak dapat mengemukakan penjamin dalam kalangan warganegara Malaysia, sebelum dituduh pada hari yang berikutnya.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Mengulas berhubung penguatkuasaan yang dilaksanakan, Mat Kasim berkata, pihaknya sentiasa mengadakan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bagi mengambil tindakan terhadap pesalah trafik warganegara Singapura, sama ada berskala besar yang membabitkan semua kontinjen atau sederhana, yang dilakukan oleh kontinjen Johor sepanjang tahun.

Sehubungan itu, beliau menyangkal isu saman tertunggak terkait dengan kelemahan penguatkuasaan. Perkara yang turut menyumbang kepada saman tertunggak ini ialah notis saman gagal disampaikan berikutan tidak mempunyai alamat pesalah trafik berkenaan bagi membolehkan saman berkenaan diposkan kepada mereka.

Selain itu, kemungkinan terdapat kenderaan yang dikeluarkan saman oleh polis sudah dilupuskan apabila sampai tempohnya, iaitu lima tahun berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura.

Beliau berkata, pihaknya turut mengalu-alukan pelaksanaan pendaftaran kenderaan warganegara Singapura oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP), yang berkuat kuasa di pintu masuk sempadan negara tidak lama lagi.

Berdasarkan sistem ini, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan maklumat pesalah trafik bagi membolehkan notis saman dapat disampaikan kepada pesalah trafik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Sistem ini juga akan mengimbas nombor pendaftaran kenderaan warganegara Singapura yang memasuki sempadan Malaysia serta mempaparkan jumlah saman yang tertunggak.

Mereka akan dihalang keluar dari negara ini sehingga semua saman mereka dijelaskan berdasarkan peruntukan undang-undang yang dinyatakan tadi.

Katanya, JSPT meningkatkan peralatan penguatkuasa yang lebih moden dan berkesan iaitu dengan menggunakan 40 alat Pengimbas Nombor Pendaftaran Kenderaan (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan saman berstatus waran tangkap.

Malah, beliau berkata, pengimbas itu yang dihubungkan terus kepada pangkalan data dapat mengesan kenderaan hilang atau yang dilaporkan curi, termasuk kenderaan klon.

Tambah beliau lagi, untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengguna jalan raya, JSPT turut menggunakan Peralatan Pengesan Had Laju (In-Car Radar), yang dipasang pada kenderaan peronda bagi menangani kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan mengeluarkan saman terhadap pesalah trafik berkenaan pada masa yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Makmur Johor

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply