ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli Nissan Almera Turbo, dapat Tomei Aero Package secara PERCUMA – Untuk tempoh terhad, sementara stok masih ada!

Berita Tempatan

Views

Kami ulang siar artikel kelmarin berkenaan Nissan Almera Turbo Tomei Aero Package dengan beberapa maklumat dan foto terbaharu. Untuk tempoh yang terhad dan sementara stok masih ada, setiap pembelian Nissan Almera Turbo akan didatangkan dengan Tomei Aero Package secara PERCUMA!

Pakej bernilai RM8,000 dibangunkan khas oleh Tomei, syarikat penalaan terkenal dari Jepun dengan kerjasama dengan Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Tomei Aero Package ditawarkan untuk semua varian Almera Turbo yang terdiri daripada VLT, VLP dan VL. Untuk varian VLT, ia merangkumi 5-unit Aerokit terdiri daripada spoiler bampar depan, dua unit spoiler bampar belakang dan skirt sisi.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kesemuanya menerima kemasan skema warna dwitona. Ia turut merangkumi injak sport dengan perehat kaki, pelindung pemegang pintu (empat unit), plat injak untuk sisi pintu, visor pintu dan filem penapis haba ICE Cool.

Bagi varian VL dan VLP, pakej tersebut merangkumi 5-unit Aerokit yang sama dengan kemasan dwitona, termasuk boot lid spoiler, filem penapis haba ICE Cool dan injak sport dengan perehat kaki. Kesemua item didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu).

Selain itu, ETCM menawarkan aksesori pilihan Tomei GT Wing, yang direka khusus untuk Almera Turbo berharga RM1,400 (termasuk pemasangan). ‘Kos pemasangan sayap’ ini boleh diserapkan terus dalam jumlah kos kereta di bawah pakej pembiayaan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Tomei GT Wing ini turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu). Untuk tempoh terhad, ETCM menawarkan Tomei GT Wing dengan diskaun sebanyak 50 peratus buat pembeli terawal, atau RM700 sahaja.

Harga atas-jalan bagi Almera Turbo termasuk SST adalah seperti berikut:

VarianMSRP
Almera Turbo VLTRM95,888
Almera Turbo VLPRM89,888
Almera Turbo VLRM83,888

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply