ARKIB

KATEGORI

Buletin

ZEEKR 001 pecah dua Rekod Dunia Guinness, drift dan slalom kereta elektrik terpantas!

Berita Global

Views

Jenama mobiliti elektrik premium, ZEEKR dengan bangganya mengumumkan model mewahnya 001 telah berjaya memecahkan dua Rekod Dunia Guinness baru-baru ini.

Kurang setahun sejak jenama ini mula menyerahkan kenderaan kepada pelanggannya di China, ZEEKR berada di puncak dunia kerana berjaya memecahkan rekod drift terpantas pernah dicapai oleh kereta elektrik dan slalom kereta elektrik terpantas.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Untuk memecahkan rekod drift terpantas kereta elektrik, model 001 perlu mencapai kelajuan melebihi 160km/j dan ia telah berjaya mencatat kelajuan maksima 207.996km/j.

Menerusi sistem pacuan eletrik berkembarnya, ia berjaya menghamburkan daya kilas sehingga 7,680Nm dan masa pecutan 0 ke 100km/j hanya dalam 3.8 saat!

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Bukan itu sahaja, ZEEKR 001 turut berjaya menetapkan penanda aras baharu untuk slalom kereta elektrik terpantas. Ia berjaya melepasi 50 kon yang disusun dalam jarak yang sama dan menamatkan pusingan, tanpa menyentuh atau menjatuhkan hatta satu unit kon sekalipun, dalam tempoh 49.05 saat.

Kesemua rekod ini telah berjaya dipecahkan pada bulan Ogos di bawah pengawasan seorang hakim/pengadil dari Guinness World Records di CATARC, China.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply