ARKIB

KATEGORI

Buletin

Belum beli lagi, hanya pandu uji untuk dua minggu – KPN

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih di peringkat pandu uji atau pembuktian konsep (POC) sebelum keputusan mengenai pembelian kenderaan jenis BMW M3 Competition, BMW X3 dan Volkswagen Tiguan dimuktamadkan.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Bukit Aman ketika ini sedang menguji lima kereta tersebut selama dua minggu.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Katanya, PDRM pada masa ini hanya menggunakan kereta berkenaan selama dua minggu sebagai percubaan tanpa apa-apa perjanjian. Ia bagi membolehkan pihaknya mendapat maklum balas sama ada kegunaan kenderaan ini sesuai atau tidak bagi sebarang penugasan dalam PDRM.

Beliau mengulas perkara itu susulan penyebaran gambar lima unit kenderaan mewah jenis BMW dan Volkswagen, yang sudah dilengkapi aksesori kenderaan PDRM.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Sementara itu, Berita Harian yang memetik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali melaporkan, kenderaan berkenaan akan digunakan oleh Jabatan KDNKA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan cawangan pengiring.

Menurut Hazani, PDRM juga sedia maklum tentang kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan semasa pandemik COVID-19 ini, namun tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan hanyalah untuk pandu uji.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply