ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Lamborghini didenda RM9K, penjara dua minggu dan dilarang ambil lesen memandu lima tahun

Berita Tempatan

Views

Pemandu Lamborghini yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan dengan enam kenderaan lain di Jalan Tun Razak, 8 September lalu dikenakan denda RM9,000 serta penjara dua minggu, hari ini.

Berita Harian melaporan, Mahkamah Trafik Jalan Duta, menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Rahman Abdullah, 28, mengaku bersalah ketika dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pemandu terbabit dikenakan hukuman denda RM9,000 dan penjara wajib dua minggu daripada tarikh ditahan.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Katanya, lelaki berkenaan akan dipenjara selama lima bulan jika gagal membayar denda. Pemandu terbabit juga tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun dan kesalahan diendorskan pada lesen memandu.

Selain itu, saman turut dikenakan mengikut Seksyen mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu.

Dalam kejadian pada jam 8.40 pagi 8 September lalu itu, kenderaan mewah Lamborghini dipandu lelaki terbabit hilang kawalan lalu merempuh sebuah Poton Perdana dipandu wanita berusia 53 tahun sehingga terbalik.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Kenderaan itu kemudian turut melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya menyebabkan beberapa pemandu mengalami kecederaan.

Ujian saringan air kencing dan alkohol yang dilakukan polis terhadap pemandu berkenaan mendapati dia negatif penggunaan bahan terlarang.

Dalam perkembangan berkaitan, Sarifudin mengesahkan pemandu terbabit bukanlah pemilik sebenar Lamborghini yang terbabit dalam kemalangan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai pemilik sebenar kenderaan mewah itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JSPT KL

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply