ARKIB

KATEGORI

Tular

Bengang kereta kena tarik, wanita pecahkan cermin kereta dengan batu bata

Tular

Views

Tular sebuah video di laman Facebook memaparkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata.

Menerusi video berdurasi satu minit dan tiga saat itu, difahamkan wanita tersebut bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana ada pihak cuba menarik keretanya.

Wanita berkenaan merosakkan bahagian kereta itu kerana ia merupakan hasil daripada duit peluh pemilik selama ini membuat kemasan pada kereta terbabit.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Turut kelihatan, seorang individu lelaki membantu wanita terbabit merosakkan kereta tersebut.

Difahamkan juga, kereta itu pada awalnya sudah dicangkuk untuk diangkut lori penunda, namun wanita tersebut menghidupkan enjin dan menurunkan kereta itu sehingga ada kerosakan pada trak penunda.

Kereta tersebut juga dipercayai sudah lapan bulan tidak dibayar kepada bank berkenaan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Hantaran video itu mendapat pelbagai reaksi warga maya, ada yang mengatakan tindakan itu hanya sia-sia kerana ia akan membuatkan kereta tersebut tidak dapat dilelong dengan harga sepatutnya bagi membantu dia mengurangkan bebanan hutang bank.

Ada yang mengatakan wanita tersebut akan disenarai hitam untuk selamanya dan berpendapat dia akan kerugian kerana akan menanggung kos besar pada kemudian hari. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…K

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply