Malaysia merupakan salah satu daripada tujuh negara yang menguji Jaecoo J7 PHEV dalam maraton pemanduan jarak jauh ultra dari Guangzhou ke Wuhu, China baru-baru ini.
Selain Malaysia, kontinjen pelbagai negara yang terdiri daripada Itali, Mexico, Arab Saudi, Sepanyol, Turki, dan United Kingdom telah menempuh perjalanan lebih daripada 1,300km (NEDC) dengan satu tangki bahan api dan bateri penuh tanpa berhenti untuk mengecas.
Perjalanan selama 13 jam dari Guangzhou yang bermula pada 16 Oktober 2024 menyaksikan kontinjen pelbagai negara itu mengharungi pelbagai keadaan pemanduan termasuk kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak pagi, jalan raya kebangsaan, dan lebuh raya antara bandar.
Secara teorinya, Jaecoo J7 PHEV mempunyai jarak elektrik tulen terbaik dalam kelasnya iaitu 106km (NEDC) dan penggunaan bahan api terendah dalam kelasnya, iaitu 5.99 liter bagi setiap 100km.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek, menegaskan, semasa maraton pemanduan jarak jauh ultra ini, ia berjaya melepasi spesifikasinya dengan mencapai jarak 125.2km dalam mod elektrik penuh, iaitu 19.2km (NEDC) lebih daripada jangkaan.
Ini membuktikan teknologi Super Hybrid System (SHS) Jaecoo yang membolehkan SUV ini mengekalkan keadaan pemanduan yang cekap dan menjimatkan tenaga.
Jaecoo J7 PHEV, bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung tahun ini, menampilkan reka bentuk luaran yang serupa seperti model J7 berenjin petrol.
Selain sistem keselamatan dan keselesaannya juga sama, perbezaan ketara J7 PHEV termasuklah enjin hibridnya yang mempunyai jarak perjalanan luar biasa, kemampuan pengecasan DC, dan output luaran.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Model ini akan tersedia dalam dua pilihan varian. Varian All-wheel Drive (AWD) menawarkan tujuh mod pemanduan iaitu Economy, Standard, Sport, Sand, Mud, Snow, dan Off-Road.
Sementara itu, varian Two-wheel Drive (2WD) menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Standard, Sport, dan Economy.
Sistem PHEV ini dikuasakan oleh bateri 18.3kW dan tangki bahan api 60 liter yang mampu menghasilkan 525 Nm daya kilas. Ia juga dilengkapi dengan pengecas Arus Terus (DC) yang menyokong sehingga 40kW.
Pendaftaran minat untuk Jaecoo J7 PHEV akan bermula semasa sesi pratontonnya pada bulan Oktober sebelum pelancaran rasminya pada akhir tahun ini, manakala penghantarannya dijangka bermula pada Februari 2025.
Pratonton Jaecoo J7 PHEV akan bermula dari Rabu, 23 Oktober hingga Ahad, 27 Oktober di Sunway Pyramid (LG2 Orange Wing – bersebelahan concourse Orange).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI