ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bengkel kenderaan IPK Kedah terbakar, 10 kereta dan 5 motosikal berkuasa tinggi musnah

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 10 kereta dan lima motosikal berkuasa tinggi musnah dalam kejadian kebakaran di bengkel kenderaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di Alor Setar, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Berita Harian melaporkan, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 4.53 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, BBP Jalan Raja dan dua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Jalan Kundor dan Seberang Nyonya bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan bangunan bengkel itu. Berdasarkan maklumat yang diperoleh terdapat 10 kereta dan lima unit motosikal berkuasa besar terbakar.

Mohamadul Ehsan berkata, 80 peratus bangunan bengkel itu musnah dalam kejadian berkenaan. Setakat ini, beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian awal pagi itu setakat ini. dan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pasukan Bomba Sukarela Simpang Empat Alor Setar

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply