ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton SAGA88: Kolaborasi unik antara Netflix dan Saharudin Design, untuk promosi filem Seoul Vibe

Berita Tempatan

Views

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy)

Ingat tak lagi pada 1 September lalu kami pernah menyiarkan video animasi 3 dimensi (3D) sebuah Proton Saga versi modifikasi ekstrem telah dipaparkan di laman Instagram rasmi, Netflix sebagai bahan promosi untuk tayangan filem berbahasa Korea, Seoul Vibe?

Untuk pengetahuan anda, filem Seoul Vibe ini mengisahkan seorang pemandu dari pasukan Sanggye-dong Supreme Team, telah membongkar skandal pengubahan wang haram yang melibatkan orang kenamaan pada hari upacara pembukaan Sukan Olimpik Seoul 1988.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Filem yang mula ditayangkan sejak 26 Ogos itu dibintangi oleh Yoo Ah-in, Go Kyung-pyo, Lee Kyu-hyung, Park Ju-hyun, Ong Seong-wu, Kim Sung-kyun, Moon So-ri, dan Jung Woong-in.

Seteleh mendapat ‘lampu hijau’ dari pihak Netflix, kami telah dibekalkan dengan beberapa foto dan juga informasi berkaitan projek khas tersebut. Menurut Netflix, budaya kereta seperti perlumbaan dan modifikasi kereta mempunyai ramai peminat di Malaysia.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jadi, mereka memilih untuk bekerjasama dengan Saharudin Busri yang merupakan seorang pereka industri untuk memberi bayangan semula kereta klasik Malaysia dan mereka bentuk kereta dari lakaran yang ‘kena dengan jiwa’ Seoul Vibe dengan menampilkan elemen berinspirasikan Malaysia.

Dengan kepakaran yang ada pada Saharudin@Wak, pihak Netflix telah menugaskannya untuk mencipta lakaran 2D reka bentuk kereta yang berbeza.

Dari situ, pihaknya bekerjasama dalam memilih lakaran yang terbaik bagi setiap reka bentuk, seterusnya memuktamadkan rekaan tersebut. Langkah seterusnya adalah penghasilan model janaan 3D, kemudian ia melalui proses animasi dan akhirnya terhasillah versi penuh SAGA88!

Anda boleh menonton sedutan filem Seoul Vibe di bawah.

Seoul Vibe | Official Trailer | Netflix

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Netflix dan Saharudin Design

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply