ARKIB

KATEGORI

Buletin

BERITA : B650F dan CBR650F edisi warna khas dilancarkan

Views

Boon Siew Honda melancarkan CB650F dan CBR650F edisi warna khas dengan rupa yang lebih premium. Jentera empat-silinder sederhana berat tersebut mendapat maklum balas yang hebat dan ia tampil dengan kombinasi warna Matte Black dengan Casis Merah dan Matte Black dengan Casis Putih.

Kedua-duanya didatangkan dengan speedometer digital, teknologi graf bar digital, meter perjalanan berkembar, bar graf takat minyak digital, jam digital, sistem keselamatan HISS dan lampu belakang LED. Model ini akan mula berada di Honda Impian Shop mulai 23 Januari 2017 dengan harga bermula dari RM 44,730.94 (CB650F) dan RM 46,850.94 (CBR650F) termasuk GST. Ia turut didatangkan dengan waranti pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda 650f-flyer_OP-02 16YM CB650F 16YM CB650F 16YM CBR650F 16YM CBR650F Honda 650f-flyer_OP-01

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Waranti hanya 20 000km sahaja..! Pengalaman semasa baru membeli motorsikal, tidak sampai enam bulan sudah melepasi 20 000km.. Dan ianya hanya sebuah kapcai.. Apapun CBR650f kelihatan cool.. :p

Leave a Reply