ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berjaya Corp Bhd nafi desas-desus bawa Suzuki kembali ke Malaysia

Berita Tempatan

Views

Baru sahaja semalam kami kongsikan berita baik mengenai kepulangan Suzuki ke Malaysia menerusi Berjaya Group. Tetapi menurut TheEdgeMarket.com semalam, Berjaya Corp Bhd (BCorp) telah menafikan artikel akhbar yang melaporkan pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Vincent Tan berminat untuk membawa jenama itu kembali ke tanah air.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift ‘terdedah’ di lokasi penggambaran iklan

Merujuk kepada beberapa kenyataan dalam laporan tersebut, menyatakan Tan dijangka terbang ke Jepun awal bulan depan untuk menandatangani perjanjian pengedaran dengan Suzuki Motor Corp. Namun BCorp menyatakan bahawa berita itu adalah tidak benar sama sekali.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Tambah BCorp lagi, mereka telah meminta akhbar tersebut untuk memperbetulkan semula “kenyataan yang mengelirukan dan tidak benar” itu. Lembaga pengarah BCorp juga terlepas pandang dan tidak pernah membincangkan mengenai perkara tersebut.

Suzuki telah menutup operasinya di Malaysia pada 2016 dan Proton Ertiga adalah model terakhir dari jenama tersebut hasil usahasama mereka dengan Proton. Nampaknya kegembiraan peminat Suzuki yang sungguh teruja untuk menantikan kehadiran model generasi baharu dari jenama tersebut terbantut seketika. Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya selepas ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply